Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sidang Media Kpn Op Cantas Khas

Published: 18 Jun 2014 1.30 AM Updated: 15 Aug 2026 7.40 PM
Menurut IG Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Nagara 'daripada tangkapan yang dibuat, seramai 47 orang ditangkap di bawa Akta Pencegahan Jenayah, manakala yang lain dituduh di makahma..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sidang-media-kpn-op-cantas-khas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:36 MYT

Sejak OPS Cantas Khas dilancarkan di seluruh negara bermula dari 17hb Ogos 2013 sehingga sekarang, banyak kejayaan besar telah diperolehi oleh Polis DiRaja Malaysia. Jumlah tangkapan bermula dari 17hb Ogos2013 sehingga sekarang seramai 11036 orang telah ditangkap di atas pelbagai jenis kesalahan, daripada 11036 orang yang ditangkap, seramai 4704 orang adalah berbangsa Melayu, 1374 orang berbangsa Cina, 2845 orang berbangsa India, 2113 orang lain-lain bangsa. Pihak polis juga berjaya merampas 23 laras senjatapi, 14 pucuk senapang angin buatan sendiri, (1) bom tangan, 1238 peluru dan 1958 pelbagai senjata berbahaya.

Menurut IG Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Nagara "daripada tangkapan yang dibuat, seramai 47 orang ditangkap di bawa Akta Pencegahan Jenayah, manakala yang lain dituduh di makahmah mengikut lain-lain kesalahan. Untuk tempoh yang sama, Polis DiRaja Malaysia berjaya mengurangkan kadar jenayah 7.34% di seluruh negara berbanding dengan 38 hari sebelum Op Cantas dilaksanakan".

Seramai 304 orang ahli kongsi gelap ditangkap dengan 236 kertas siasatan dibuka untuk pertuduhan mengikut Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335). Pecahan tangkapan mengikut kumpulan kongsi gelap iaitu Geng 04 seramai 60 orang, Geng 08 seramai 110 orang, Geng 18 seramai 12 orang , Geng 36 seramai 60 orang dan bakinya lain-lain kumpulan. Amaran turut diberikan kepada ahli-ahli kongsi gelap bahawa PDRM akan terus memburu, mengesan dan menangkap mereka melalui Op Cantas yang dijalankan


Sumber : Unit Portal Dan Media Sosial Bukit Aman
ArticlePublished 18 Jun 2014 1.30 AMUpdated 15 Aug 2026 7.40 PM