Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sidang Media Ketua Polis Terengganu Dan Makan Tengahari Bersama Wartawan Pada 150109 Jam 1300hrs

Diterbitkan: 09 Jun 2014 9.03 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kuala Terengganu - 15 Januari 2009. YDH Dato' Mohd Shukri Dahlan, Ketua Polis Terengganu telah memberikan kenyataan media seperti berikut:-..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sidang-media-ketua-polis-terengganu-dan-makan-tengahari-bersama-wartawan-pada-150109-jam-1300hrs
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:34 MYT

Kuala Terengganu - 15 Januari 2009. YDH Dato' Mohd Shukri Dahlan, Ketua Polis Terengganu telah memberikan kenyataan media seperti berikut:-

2.1 Beliau menyatakan tahap keselamatan di dalam PRK Kuala Terengganu adalah terkawal, tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang tempoh berkempen setakat ini.

2.2 Beliau telah menafikan dakwaan melalui sebaran di dalam 'Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)' yang menyatakan undi pos telah dikira dan mendapat keputusan parti Barisan Nasional (BN) telah kalah. Undi pos telah disimpan di dalam lokap polis dan kunci itu telah disimpan oleh Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) .

2.3 Beliau juga menafikan dakwaan di dalam akhbar akhbar 'Suara Keadilan' bilangan 164 bertarikh 14-21 Januari 2009 yang membuat beberapa dakwaan mengenai ugutan dari parti Barisan Nasional membuat suasana intimidasi menakutkan pengundi dengan menempatkan lebih 10,000 anggota polis dengan alasan menjaga keselamatan. Pihak polis tidak pernah menerima sebarang arahan seperti yang dinyatakan di dalam akhbar itu, peranan pihak polis di dalam PRK Kuala Terengganu adalah melancarkan PRK Kuala Terengganu dan menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

Sidang Media Ketua Polis Terengganu Dan Makan Tengahari Bersama Wartawan Pada 150109 Jam 1300hrs
YDH Dato' Mohd Shukri Dahlan, Ketua Polis Terengganu, telah mengadakan sidang media di Pusat Media Ibupejabat Polis Kontijen (IPK) Terengganu.

Sidang Media Ketua Polis Terengganu Dan Makan Tengahari Bersama Wartawan Pada 150109 Jam 1300hrs
Jamuan makan tengahari yang turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta para wartawan.

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 9.03 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM