Artikel
Siasat Peguam Tuduh Jakim
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kenyataan Paulsen akan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.
Polis akan menyiasat Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen berkaitan tuduhan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menggalakkan fahaman ekstremisme setiap Jumaat.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kenyataan Paulsen akan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.
“Hati-hatilah dalam memperkatakan sesuatu. Jangan berkata-kata yang akan mengundang polis mengambil tindakan.
“Berani cakap beranilah tanggung,” katanya melalui akaun Twitter beliau, semalam.
SUMBER : SINAR HARIAN