Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Siasat Peguam Tuduh Jakim

Diterbitkan: 10 Jan 2015 4.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kenyataan Paulsen akan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/siasat-peguam-tuduh-jakim
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 10:18 MYT

Polis akan menyiasat Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen berkaitan tuduhan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menggalakkan fahaman ekstremisme setiap Jumaat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kenyataan Paulsen akan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.

“Hati-hatilah dalam memperkatakan sesuatu. Jangan berkata-kata yang akan mengundang polis mengambil tindakan.

“Berani cakap beranilah tanggung,” katanya melalui akaun Twitter beliau, semalam.

SUMBER : SINAR HARIAN

ArtikelDiterbitkan 10 Jan 2015 4.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM