
Article
Setinggi Tinggi Tahniah Buat Pemangku Pengarah Jsjn
Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama pucuk pimpinan dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah...
Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama pucuk pimpinan dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), DCP Datuk Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali atas Pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K.) yang membawa gelaran "Datuk".
Datuk Mat Zani @ Mohd Salahuddin dikurnia P.G.D.K dalam Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran dan Bintang serta Pingat-pingat Negeri Sabah Tahun 2025 yang disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Hj. Musa Aman.
Istiadat telah berlangsung di Istana Seri Kinabalu, hari ini.