Article
Setinggi Tinggi Penghargaan Tan Sri Dato Seri Abdul Hamid Bador
Tan Sri Abdul Hamid merupakan KPN ke-12 dalam lipatan sejarah negara dan Pasukan, akan bersara selepas lebih 40 tahun menabur bakti dalam Polis Diraja Malaysia...
"Raut wajah damai dan tenang,
Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu, tetap kami sanjung."
Itulah serangkap pantun penutup yang dilantunkan dalam Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Negara (KPN) antara Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador dengan pengganti beliau, IG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani.
Tan Sri Abdul Hamid merupakan KPN ke-12 dalam lipatan sejarah negara dan Pasukan, akan bersara selepas lebih 40 tahun menabur bakti dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Saya mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada seluruh warga PDRM yang saya kasihi. Ucapan terima kasih setulus hati juga saya zahirkan buat kesekian kalinya atas segala kerjasama erat dan komitmen terbaik yang diberikan kepada saya sepanjang menerajui Pasukan.
"Segala jasa dan budi yang ditaburkan, akan sentiasa saya kenang dan tersemat rapi dalam sanubari," ujar beliau dalam ucapan dan amanat terakhirnya selaku KPN dalam majlis tadi.
Menyandang jawatan sebagai KPN sejak 4 Mei 2019, pelbagai kejayaan dan sanjungan telah PDRM kecapi demi memastikan rakyat dan negara berada dalam keadaan selamat meskipun berdepan dengan ancaman penularan wabak COVID-19.
Antara jawatan penting yang pernah disandang beliau ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak pada tahun 1997, Ketua Cawangan Khas Kontinjen Kelantan dan Sabah pada 2005 dan 2006, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Intelegen Luar, Cawangan Khas Bukit Aman pada 2009 dan seterusnya Timbalan Pengarah Cawangan Khas I pada 2010.
Selepas berehat seketika sebagai penjawat awam, Tan Sri Abdul Hamid telah dilantik menjadi Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman sebelum menjadi Pemangku Timbalan KPN sempena persaraan wajib Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim pada tahun 2019.
Graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu sangat komited dan cemerlang dalam melunaskan semua tanggungjawabnya kepada negara serta Pasukan dan pernah menerima beberapa pingat kebesaran di peringkat negeri dan persekutuan.
Terdahulu, majlis bersejarah yang berlangsung dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat di Mes Pegawai Kanan Polis itu disaksikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Dato' Sri Dr. Haji Ismail Haji Mohamed Said yang mewakili Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin.
Tan Sri Abdul Hamid secara rasminya menyerahkan tugas dan tanggungjawab kepada Dato' Sri Acryl Sani secara simbolik dengan upacara penyerahan tongkat kuasa KPN sambil disaksikan oleh seluruh warga PDRM yang hadir dan menonton secara langsung menerusi laman Facebook Rasmi PDRM, pagi tadi.
Turut berlangsung adalah Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia antara penyandangnya, Puan Sri Datin Sri Norazrin Marzuki dengan suri kepada Dato' Sri Acryl Sani iaitu Datin Sri Ir. Zaitun Mohd Isa.
Hadir sama, Timbalan MDN II, Tuan Jonathan Yasin, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz, Pengarah-Pengarah dan Timbalan-Timbalan Pengarah PDRM, barisan Pesuruhjaya Polis dan Ketua Polis Negeri serta wakil-wakil media.
Bagi pihak seluruh warga kerja PDRM, kami daripada Urus Setia KPN (Komunkasi Korporat) Bukit Aman mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador dan selamat bertugas buat IG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani.
Terima kasih dan selamat bersara Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador!
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Konstabel Nurkhairunisa Ibrahim