Sertai Perjuangan Kami Ketua Polis Negara
Kuala Lumpur, 13 Mei 2011 -
"PDRM sesungguhnya amat berbangga dengan keprihatinan Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh negara, yang telah menubuhkan
Kor SUKSIS di atas kesedaran bahawa perlu ada satu tanggungjawab bersama
di dalam menentukan agar disiplin, jatidiri, dan semangat setiakawan
dipupuk di kalangan pelajar-pelajar 'tertiary education'
bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan negara ini terus berkekalan,"
ujar YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dalam
ucapannya pada Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Komandan-Komandan
Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (Kor Suksis) 2011 di Hotel Grand
Season, Kuala Lumpur pada hari ini.
Mengulas
kenyataannya itu, universiti adalah tempat awam yang sentiasa terdedah
kepada pelbagai risiko keselamatan sama ada dalam bentuk fizikal atau
psikologi seperti isu perkauman, isu keagamaan, extremism, terrorism dan sebagainya.
Kor
SUKSIS mampu mengurangkan risiko ancaman keselamatan kerana aktiviti
dan persekitaran yang sihat akan mendatangkan kesan yang positif kepada
keadaan keselamatan sesuatu kawasan atau komuniti tersebut.
Beliau
turut melahirkan rasa berbangga dengan perkembangan keahlian Kor SUKSIS
yang kini telah mencecah 3,059 orang dari 20 Institut Pengajian Tinggi
Awam di seluruh negara.
"Adalah
menjadi harapan saya, agar anggota Kor SUKSIS ini akan menjadi mata dan
telinga kepada PDRM bagi mengelakkan segala perlakuan jenayah yang
berlaku di dalam universiti," ujarnya lagi.Sehubungan itu, beliau
menyeru kepada Komandan-komandan Kor SUKSIS untuk menyampaikan kepada
siswa-siswi SUKSIS, bahawa PDRM sangat mengalu-alukan penyertaan mereka
yang berkelulusan ICT ke dalam pasukan PDRM untuk sama-sama berjuang
bersama dalam menghadapi ancaman peningkatan jenayah siber yang semakin
meningkat saban hari.
Turut
hadir dalam majlis, YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Timbalan
Pengarah Pengurusan (Latihan) PDRM, YDH SAC Dato' Abdul Samah bin Haji
Mat, Ketua Urus Setia NKRA PDRM, Y.Bhg Profesor Dr. Rujhan bin Mustafa,
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Y.Bhg Datuk Dr. Ghauth Jasmon,
Naib Canselor Universiti Malaya, Y.Bhg Profesor Dato' Dr. Azarae bin
Haji Idris, Pengarah Kampus Kota Universiti Malaya, Komandan-komandan
Kor SUKSIS IPTA Malaysia, pegawai-pegawai Kehormat Kor SUKSIS,
pegawai-pegawai kanan PDRM dan tetamu-tetamu jemputan.

YDH
Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara disambut mesra
oleh Y.Bhg Profesor Dr. Rujhan bin Mustafa, Ketua Pengarah Jabatan
Pengajian Tinggi serta VIP-VIP yang hadir.
Y.Bhg Profesor Dr. Rujhan bin Mustafa, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi memberikan ucapan pada majlis ini.
YDH Ketua Polis Negara turut menyampaikan ucapan balas.
Lucu... Jenaka spontan dari pengacara menghiburkan hadirin.
Persembahan Tarian Klasik Melayu turut menjadi hiburan ketika majlis berlangsung.
Kumpulan Nasyid Feelhoney dari Universiti Malaya menarik perhatian.
Mengasyikkan... Persembahan gamelan.
Hebat... Persembahan nyanyian dari Cik Syidah.
Y.Bhg Profesor Dr. Rujhan bin Mustafa menyampaikan cenderahati kepada YDH Ketua Polis Negara.
YDH Ketua Polis Negara turut memberikan cenderahati kepada Y.Bhg Profesor Dr. Rujhan bin Mustafa.
Wartawan : Konst. Irfan bin Bujang
Jurufoto : L/Kpl Mohd Shareel bin Shahriman
Suntingan : Sjn. Zaiddin bin Dahalan