Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Seronok Jual Mercun Haram Tak Sedar Polis Datang

Published: 26 Jan 2017 6.55 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Bukit Mertajam, 27 Jan. 2017 - Seorang lelaki berusia 48 tahun diberkas polis kerana menjual mercun tanpa permit dan lesen di hadapan medan selera di Kampung Baru, di sini, petang semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/seronok-jual-mercun-haram-tak-sedar-polis-datang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:00 MYT

Bukit Mertajam, 27 Jan. 2017 - Seorang lelaki berusia 48 tahun diberkas polis kerana menjual mercun tanpa permit dan lesen di hadapan medan selera di Kampung Baru, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, lelaki berkenaan sedang dikerumuni pelanggan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, suspek tidak menyedari kehadiran polis kerana terlalu leka menjual mercun.

Beliau berkata, selepas diperiksa, lelaki berkenaan mengaku tidak mempunyai lesen perniagaan serta permit daripada polis.

Katanya, suspek ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (IPDSPT) bagi tujuan selanjutnya.

Sumber: Harian Metro

ArticlePublished 26 Jan 2017 6.55 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM