Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Serbuan Gudang Atas Maklumat Orang Awam Rampasan Rm 1 759 8

Published: 16 Jun 2014 2.43 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Serbuan ke atas gudang kayu tidak bernombor di Jalan Kinabutan Tiku, Tawau Sabah dan berjaya membuat tangkapan di bawah ENAKMAN HUTAN 1968 berkaitan kesalahan Menyimpan/Menyembunyikan Barang Larangan...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/serbuan-gudang-atas-maklumat-orang-awam-rampasan-rm-1-759-8
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:30 MYT
Tawau, SABAH - 16 Oktober 2010. Tindakan susulan daripada maklumat yang diberikan orang awam pada 16 Oktober 2010 jam 5.00 pagi, sepasukan anggota Pasukan Gerakan Marin (PGM) Tawau yang diketuai oleh ASP Mohamad bin Ismail bersama 8 anggota lain telah membuat pemerhatian ke atas sebuah gudang kayu yang tidak bernombor di Jalan Kinabutan Tiku, Tawau kerana gudang tersebut disyaki digunakan sebagai tempat penyimpanan barang-barang tidak bercukai.

Setelah membuat pemerhatian selama 3 jam, satu serbuan telah dilakukan dan berjaya menahan 1 lelaki berbangsa Tator berumur 21 tahun warga Indonesia. Setelah membuat pemeriksaan, gudang tersebut didapati menjadi tempat menyimpan pelbagai jenis minuman keras dan rokok keretek pelbagai jenama. Berdasarkan catatan dan rekod yang ditemui, gudang ini dipercayai digunakan sebagai tempat transit pengedaran minuman keras dan rokok keretek untuk pasaran di Pantai Timur Sabah.

Tangkapan dan rampasan telah dibuat dan akan disiasat oleh Pegawai PGM Tawau mengikut peruntukan SEK 135 [1][d] Akta Kastam kerana Menyimpan/Menyembunyikan Barang Larangan. Nilai rampasan yang dibuat bernilai RM 1,759,840,28 termasuk cukai dan terdiri dari 12 jenis rokok keretek Indonesia dan 10 jenis jenama minuman keras.

Berikut adalah barang-barang hasil rampasan dari gudang tersebut:
ROKOK:
Serbuan Gudang Atas Maklumat Orang Awam Rampasan Rm 1 759 8

MINUMAN KERAS:
Serbuan Gudang Atas Maklumat Orang Awam Rampasan Rm 1 759 8

JUMLAH NILAI RAMPASAN:
Serbuan Gudang Atas Maklumat Orang Awam Rampasan Rm 1 759 8


Serbuan Gudang Atas Maklumat Orang Awam Rampasan Rm 1 759 8
Rumah tidak bernombor di Jalan Kinabutan Tiku, Tawau, di mana serbuan dijalankan..

Serbuan Gudang Atas Maklumat Orang Awam Rampasan Rm 1 759 8
Antara jenis minuman keras yang dirampas semasa serbuan..

Serbuan Gudang Atas Maklumat Orang Awam Rampasan Rm 1 759 8


Antara jenis rokok keretek yang dirampas semasa serbuan..

Serbuan Gudang Atas Maklumat Orang Awam Rampasan Rm 1 759 8
ASP Mohamad bin Ismail, Pemangku PP [MO] PGM Tawau bersama hasil rampasan semasa serbuan..
ArticlePublished 16 Jun 2014 2.43 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM