Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Serbu Ketika Tidur

Diterbitkan: 24 Dec 2014 5.11 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Padang Serai: Perlakuan seorang lelaki yang berehat di kawasan berhampiran stesen minyak dalam keadaan mencurigakan membongkar kegiatan lelaki terbabit yang disyaki menggunakan kereta curi dalam kejadian di Padang Serai, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/serbu-ketika-tidur
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:42 MYT
Padang Serai: Perlakuan seorang lelaki yang berehat di kawasan berhampiran stesen minyak dalam keadaan mencurigakan membongkar kegiatan lelaki terbabit yang disyaki menggunakan kereta curi dalam kejadian di Padang Serai, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Abdullah Arshad berkata, sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulim bersama anggota Balai Polis Padang Serai diketuai Inspektor Norfaizal Mohamad mengadakan rondaan pencegahan jenayah di sekitar Padang Serai.

Hasil pemeriksaan, polis menemui dipercayai dadah dan mendapati kereta digunakan suspek didapati nombor casis serta nombor enjin kereta terbabit dipercayai kereta curi.

Susulan penahanan lelaki terbabit, sepasukan anggota polis mengadakan serbuan di Kampung Padang Cempedak, Tasek Gelugur, Pulau Pinang dan menahan seorang lagi suspek berusia 30 tahun.

"Kedua-dua suspek ditahan reman empat hari mulai hari ini (semaiam) bagi membantu siasatan dan kes disiasal mengikut Seksyen 379A, Kanun Keseksaan.

"Kami percaya dengan tertangkapnya kedua dua suspek itu dapat menyelesaikan beberapa kes kecurian kereta membabitkan kereta Honda Civic di sekitar Perak, Pulau Pinang dan Kedah,"katanya lagi.

Serbu Ketika Tidur
Sumber: Harian Metro
ArtikelDiterbitkan 24 Dec 2014 5.11 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM