Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Serbu Kes Curi Motosikal Jumpa Port Dadah

Published: 16 Jun 2014 7.16 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bertindak di atas aduan terhadap kes kecurian motosikal, akhirnya membawa kepada penemuan 'port' yang dipercayai digunakan untuk mengedar dadah. Serbuan yang dibuat pada jam 12.30 pagi itu di Kamp..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/serbu-kes-curi-motosikal-jumpa-port-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:33 MYT
Bertindak di atas aduan terhadap kes kecurian motosikal, akhirnya membawa kepada penemuan 'port' yang dipercayai digunakan untuk mengedar dadah.

Serbuan yang dibuat pada jam 12.30 pagi itu di Kampung Paya Redan, Tiang Dua turut menemukan sebuah beg yang mengandungi sepucuk pistol revolver mengandungi 3 biji peluru dan3 kotak berisi 18 biji peluru.

Asisten Komisioner Sallehuddin Abdul Rahman, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah turut memaklumkan penemuan empat paket plastik yang mengandungi bahan disyaki dadah jenis heroin, syabu, enam pil eramin 5 yang bernilai RM10,000.

3 lelaki berusia antara 24 hingga 28 tahun yang berada di rumah berkenaan ditahan kerana dipercayai mengedar dadah dan saringan ujian air kencing turut mengesahkan ketiga-tiga mereka positif dadah Methamphetamine.

Sumber : Akhbar Sinar Harian dan Kosmo



Serbu Kes Curi Motosikal Jumpa Port Dadah
ArticlePublished 16 Jun 2014 7.16 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM