Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Serbu Judi Siber 35 Ditahan

Diterbitkan: 16 Jun 2014 3.49 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Seramai 35 individu, termasuk empat penjaga premis judi siber haram, dicekup sepasukan anggota polis dalam dua serbuan berasingan di sekitar Tanjung Aru, di sini, minggu lalu...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/serbu-judi-siber-35-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:45 MYT

Serbu Judi Siber 35 Ditahan

KOTA KINABALU: Seramai 35 individu, termasuk empat penjaga premis judi siber haram, dicekup sepasukan anggota polis dalam dua serbuan berasingan di sekitar Tanjung Aru, di sini, minggu lalu. 

Dalam serbuan pertama, polis berjaya merampas 32 set komputer, satu mesin Doraemon, dua modem serta wang tunai RM 1,367 manakala dalam serbuan kedua, barang yang dirampas ialah 27 set komputer, 12 mesin kotak, 40 kerusi dan wang tunai berjumlah RM2,500.

ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 3.49 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM