Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Serang Polis Warga Asing Terbabit Kes Samun Rm595 800 Ditembak Mati

Published: 20 May 2018 12.41 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kuala Lumpur - Seorang penjenayah warga asing dipercayai aktif melakukan penipuan dan samun dalam urusan jual beli mata wang asing ditembak mati selepas menyerang polis dengan parang di jalan Memanda 10, Ampang Jaya di sini, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/serang-polis-warga-asing-terbabit-kes-samun-rm595-800-ditembak-mati
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:48 MYT

Kuala Lumpur - Seorang penjenayah warga asing dipercayai aktif melakukan penipuan dan samun dalam urusan jual beli mata wang asing ditembak mati selepas menyerang polis dengan parang di jalan Memanda 10, Ampang Jaya di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.55 malam itu, suspek yang menaiki kereta Toyota Vios bersama empat rakannya dikatakan cuba melarikan diri daripada buruan polis.

Ia susulan polis menerima laporan mengenai kejadian samun membabitkan kerugian kira kira AS 150,000 (RM595,800) milik seorang lelaki tempatan di satu lokasi di ibu negara beberapa jam sebelum itu.

Difahamkan, polis daripada Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat PolisKontinjen (IPK) Kuala Lumpur mengesan kedudukan kereta suspek dan ketika cuba melakukan tangkapan, suspek terbabit memecut kenderaan dalam usaha melarikan diri sehingga masuk ke Ampang Jaya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro berikut..

ArticlePublished 20 May 2018 12.41 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM