Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sepasang Suami Isteri Ditahan Promosi Dadah Melalui Facebook

Published: 17 May 2018 8.13 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Shah Alam, 17 Mei 2018 – Sepasang suami isteri ditahan sepasukan polisdari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berikutan terlibat dalam aktiviti menghasilkan dan menjual cecair dadah jenis ganja di sebuah apartment di sekitar Setia Alam, Shah Alam Selasa lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sepasang-suami-isteri-ditahan-promosi-dadah-melalui-facebook
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:26 MYT

Shah Alam, 17 Mei 2018 – Sepasang suami isteri ditahan sepasukan polisdari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berikutan terlibat dalam aktiviti menghasilkan dan menjual cecair dadah jenis ganja di sebuah apartment di sekitar Setia Alam, Shah Alam Selasa lalu.

Ketua JSJN Selangor, ACP Amarjit Singh A/L Cher Singh berkata, hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek giat mempromosikan cecair dadah ganja tersebut melalui laman sosial facebook dan turut mengambil kesempatan menjual barang terlarang tersebut dengan harga promosi sempena bulan Ramadhan bagi menarik perhatian orang ramai.

"Pihak polis juga mendapati suspek menggunakan perkhidmatan pos untuk menghantar cecair dadah ini kepada pelanggan dengan melekatkan sticker bertulis ‘The Real Cannabis’ pada setiap botol tersebut.

“Cecair dadah tersebut dijual dengan harga RM145.00 hingga RM175.00 sebotol dan dipercayai untuk pasaran tempatan", katanya lagi

Hasil saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah dan mereka telah ditahan reman sehingga 22 Mei 2018 bagi disiasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pihak polis turut merampas pelbagai barang dan alat-alat yang dipercayai digunakan untuk menghasilkan cecair dadah ganja yang dianggarkan bernilai RM45,520 serta wang tunai RM3,590.

Selain itu, turut disita dua buah kenderaan jenis Proton Saga dan Proton Wira serta sebuah apartment dengan harga belian RM380,00 untuk tujuan siasatan.

 
ArticlePublished 17 May 2018 8.13 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM