Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sepasang Suami Isteri Antara Dicekup Polis Bersama Dadah Lebih Rm60 Ribu

Published: 04 Oct 2016 1.44 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Empat individu termasuk sepasang suami isteri yang dipercayai terlibat dalam kegiatan mengedar dadah jenis syabu dan heroin bernilai RM62,584 ditahan dalam serbuan di dua buah rumah di Taman UIu Chepor, Chemor dekat Ipoh, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sepasang-suami-isteri-antara-dicekup-polis-bersama-dadah-lebih-rm60-ribu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 11:29 MYT

Empat individu termasuk sepasang suami isteri yang dipercayai terlibat dalam kegiatan mengedar dadah jenis syabu dan heroin bernilai RM62,584 ditahan dalam serbuan di dua buah rumah di Taman UIu Chepor, Chemor dekat Ipoh, kelmarin.

Serbuan dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak pada pukul 9.30 pagi selepas tiga bulan mengekori suspek.

Ketua JSJN negeri, ACP V.R. Ravi Chandran berkata, dalam serbuan tersebut polis menahan kesemua suspek yang berusia antara 22 hingga 36 tahun.

Pemeriksaan polis di dua buah rumah itu menemui dadah jenis syabu seberat 640 gram dan heroin seberat 1.14 kilogram.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berhahaya 1952.

Sumber: Kosmo

Sepasang Suami Isteri Antara Dicekup Polis Bersama Dadah Lebih Rm60 Ribu
ArticlePublished 04 Oct 2016 1.44 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM