Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sepasang Kekasih Pengedar Dadah Ditahan

Published: 13 Jun 2014 6.23 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Dalam serbuan itu polis turut merampas dadah jenis ecstacy seberat 676 gram, ketamin (344 gram) dan syabu (2.7 gram) yang dianggarkan bernilai RM18,000...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sepasang-kekasih-pengedar-dadah-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:28 MYT

KAJANG 19 Mei 2010 - Sepasang kekasih dipercayai pengedar dadah di sekitar Lembah Klang ditahan polis di sebuah rumah di Cheras dekat sini pagi tadi dan merampas dadah seberat satu kilogram.

Pasangan berusia 43 dan 35 tahun itu ditahan pada kira-kira pukul 5 pagi di sebuah rumah teres dua tingkat di Damai Perdana, Cheras, dipercayai dijadikan tempat membungkus dadah sebelum dipasarkan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd. Shakaruddin Che Mood berkata, dalam serbuan itu polis turut merampas dadah jenis ecstacy seberat 676 gram, ketamin (344 gram) dan syabu (2.7 gram) yang dianggarkan bernilai RM18,000.

"Turut dirampas, wang tunai bernilai RM940 dan beberapa keping mata wang Yen, kad kredit, pasport dan tiga buku bank,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, turut dirampas, sebuah kereta jenis Proton Waja dipercayai milik salah seorang suspek.

Mohd. Shakaruddin berkata, kedua-dua suspek itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan disahkan positif dadah jenis syabu.

Beliau berkata, kedua-dua suspek yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran kini ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama

ArticlePublished 13 Jun 2014 6.23 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM