Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Seorang Wanita Ditahan Mercun Dan Bunga Api Bernilai Rm20 0

Published: 17 Jun 2014 8.27 AM Updated: 15 Aug 2026 7.43 PM
Seri Iskandar, 2 Ogos - Polis menahan seorang pekedai runcit serta merampas pelbagai mercun dan bunga api bernilai RM20,000 di sebuah rumah di Jalan Seri Teratai, Bandar Baru Seberang Perak di sini, s..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/seorang-wanita-ditahan-mercun-dan-bunga-api-bernilai-rm20-0
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:33 MYT

Seri Iskandar, 2 Ogos - Polis menahan seorang pekedai runcit serta merampas pelbagai mercun dan bunga api bernilai RM20,000 di sebuah rumah di Jalan Seri Teratai, Bandar Baru Seberang Perak di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata sepasukan polis menyerbu rumah berkenaan pada pukul 12.45 tengah malam, hasil maklumat orang ramai.

"Pemeriksaan di sebuah bilik di bahagian dapur menemui barangan tersebut dan suspek mengaku bahawa dia baru pertama kali menjual mercun serta bunga api yang dibekalkan oleh seorang lelaki Cina iaitu pemborong barang runcit dari Langkap, Teluk Intan," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata wanita yang telah berkahwin itu tidak mengeluarkan sebarang modal untuk membeli mercun dan bunga api ekoran beliau telah lama berurusan dengan pemborong itu.

Beliau berkata wanita berumur 32 tahun dan mempunyai seorang anak itu ditahan reman sehingga Ahad ini untuk membantu siasatan.

Katanya, kesalahan di bawah kes itu boleh membawa kepada hukuman denda sehingga RM10,000 atau tujuh tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
 
Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 8.27 AMUpdated 15 Aug 2026 7.43 PM