Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Seorang Lelaki Ditahan Bersama Dua Laras Senapang Patah Buatan Sendiri

Diterbitkan: 25 May 2015 12.02 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Besut, 25 Mei - Polis menahan seorang lelaki dan merampas dua laras senapang patah buatan sendiri bersama 14 butir peluru di kawasan sawah padi Kampung Pak Wong dekat Jertih, Jumaat lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/seorang-lelaki-ditahan-bersama-dua-laras-senapang-patah-buatan-sendiri
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:07 MYT


Besut, 25 Mei - Polis menahan seorang lelaki dan merampas dua laras senapang patah buatan sendiri bersama 14 butir peluru di kawasan sawah padi Kampung Pak Wong dekat Jertih, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah berkata suspek ditahan sepasukan polis dari Pasukan Khas Scorpion Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut pukul 10.30 malam.

Katanya sebelum itu pasukan itu yang terdiri daripada seorang pegawai dan lima anggota sedang menjalankan tugas rondaan cegah jenayah di kawasan tersebut dan terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Saga Aeroback dalam keadaan mencurigakan di kawasan jalan sawah padi di kampung tersebut.

“Polis menghampiri kereta itu untuk membuat pemeriksaan namun salah seorang lelaki telah melarikan diri ke dalam kawasan sawah padi sebaik menyedari kehadiran polis," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, polis dapat memberkas seorang lagi dipercayai rakan suspek yang berada di dalam kereta tersebut.

Khaled berkata polis yang menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut menemui dua laras senapang patah dipercayai buatan sendiri di dalam but kereta terbabit.

“Polis telah menahan suspek berumur 27 tahun yang bekerja sebagai pemandu jentera berat berasal dari sebuah kampung di Besut untuk membantu siasatan dan merampas senapang dan peluru terbabit,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi IPD Besut di talian 09-6956222 atau menghubungi ASP Mohd Rozaime Ab Rahim di sambungan 5915.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 25 May 2015 12.02 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM