Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Seorang Lagi Anggota Geng Mamak Ditahan Di Perak

Published: 23 Dec 2014 9.51 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ipoh, 23 Dis - Seorang lagi dipercayai anggota 'Geng Mamak' di ditahan di Kampung Larut Tin Sambungan, Taiping pada Khamis lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/seorang-lagi-anggota-geng-mamak-ditahan-di-perak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:51 MYT
Ipoh, 23 Dis - Seorang lagi dipercayai anggota 'Geng Mamak' di ditahan di Kampung Larut Tin Sambungan, Taiping pada Khamis lepas. 

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam berkata suspek berusia 31 tahun itu ditahan di sebuah rumah hasil maklumat awam.

"Dalam serbuan pukul 6 petang itu, suspek sedang berada dalam bilik tidur di rumah itu," katanya.

Beliau berkata suspek mempunyai satu rekod jenayah berkaitan samun kenderaan mewah BMW dan ditahan reman sehingga Khamis ini. 

Paramasivam berkata suspek mempunyai satu rekod jenayah berkaitan kes samun kenderaan mewah jenis BMW dan ditahan reman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.

Beliau berkata tangkapan itu merupakan yang keempat ke atas anggota kumpulan tersebut.

Pada 7 Dis lepas, polis menahan seorang lelaki berusia 50 tahun dan wanita berumur 33 tahun dipercayai anggota kumpulan itu di sebuah rumah di Jalan Kuala Kangsar.
Seorang lagi suspek yang berusia 37 tahun ditangkap pada 14 Dis lepas dalam Ops Cantas Khas di Lenggong, Kuala Kangsar.

Geng Mamak yang telah lama bergerak aktif, banyak terlibat dengan kes samun termasuk rompakan bank dan mencuri kereta mewah. - BERNAMA
ArticlePublished 23 Dec 2014 9.51 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM