Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sentiasa Perkukuh Integriti Disiplin Dan Tingkat Kesiapsiagaan Timbalan Kpn

Published: 29 Jan 2026 10.49 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kangar, 29 Januari 2026 – Warga Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis perlu sentiasa memperkukuh integriti, disiplin, profesionalisme dan komitmen berterusan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab sebagai anggota Pasukan keselamatan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sentiasa-perkukuh-integriti-disiplin-dan-tingkat-kesiapsiagaan-timbalan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 13:01 MYT
Kangar, 29 Januari 2026 – Warga Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis perlu sentiasa memperkukuh integriti, disiplin, profesionalisme dan komitmen berterusan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab sebagai anggota Pasukan keselamatan.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dalam amanatnya bersempena lawatan kerja beliau yang berlangsung di Dewan Serbaguna, IPK Perlis, di sini.

Terdahulu, kehadiran beliau telah disambut oleh Ketua Polis (KP) Perlis, DCP Dato’ Muhammad Abdul Halim bersama timbalannya, SAC Mohd Ismail Ibrahim sebelum dibawa ke Pejabat KP bagi sesi kunjungan hormat.

Dalam amanatnya, Tan Sri Ayob Khan turut menyeru warga Kontinjen Perlis untuk sentiasa meningkatkan tahap kesiapsiagaan, kecekapan dan memperkukuh jalinan bersama masyarakat demi memastikan keselamatan serta kesejahteraan.

Turut hadir, barisan ketua jabatan kontinjen negeri.

Sumber: PDRM RMPTV

May be an image of dais and text that says 'LA พท SAR ン サス @HA RDADS PPA P SR N KETU'

May be an image of text

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of text
ArticlePublished 29 Jan 2026 10.49 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM