Artikel
Senior Dcp Datuk Jaafar Mohd Yusof Dilantik Ketua Polis N Sembilan Yang Baharu
Seremban, 19 Dis - Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam (KDN/KA) Pasukan Gerakan Khas Bukit Aman Senior DCP Datuk Jaafar Mohd Y...
Seremban, 19 Dis - Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam (KDN/KA) Pasukan Gerakan Khas Bukit Aman Senior DCP Datuk Jaafar Mohd Yusof dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan yang baharu, berkuat kuasa hari ini.
Senior DCP Datuk Jaafar menggantikan Senior DCP Datuk Osman Salleh yang ditukarkan ke jawatan Ketua Polis Perak.
Majlis serah terima tugas berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sini hari ini dan disaksikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman CP Datuk Seri Mortadza Nazarene.
Berucap pada majlis itu, Jaafar, 57, berharap agar kesemua warga kerja kontinjen Negeri Sembilan memberikan komitmen dan kerjasama yang kukuh kepada beliau.
"Saya amat memerlukan sokongan daripada semua supaya saya lebih cepat belajar dengan cara dan gerak kerja yang sewajarnya di sini.
"Syukur alhamdulillah kerana pada hari ini saya diberi sepenuh kepercayaan untuk memimpin kontinjen Negeri Sembilan dan segala tugas yang telah dilaksanakan oleh Osman sebelum ini, akan saya teruskan sehabis baik," katanya.
Senior DCP Datuk Jaafar merupakan Ketua Polis Negeri Sembilan ke-47 dan telah menjawat beberapa jawatan penting dalam PDRM selama 40 tahun perkhidmatannya.
Sementara itu, Senior DCP Datuk Osman dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada warga kontinjen polis Negeri Sembilan terutamanya kepada setiap ketua polis daerah yang telah bekerjasama sepanjang perkhidmatannya selama lebih tujuh tahun.
"Saya berharap agar sokongan yang lebih berganda akan diberikan kepada Jaafar selepas ini," katanya. - BERNAMA