Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Senapang Patah Ditemukan Di Kebun Kelapa Sawit

Diterbitkan: 23 Aug 2016 7.49 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Besut, 23 Ogos 2016 - Seorang pekebun menemukan selaras senapang patah ketika menebas kawasan semak di kebun kelapa sawit miliknya di Kampung Felda Tenang, Hulu Besut, di sini semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/senapang-patah-ditemukan-di-kebun-kelapa-sawit
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:54 MYT

Besut, 23 Ogos 2016 - Seorang pekebun menemukan selaras senapang patah ketika menebas kawasan semak di kebun kelapa sawit miliknya di Kampung Felda Tenang, Hulu Besut, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi memberitahu pemberita, senjata yang dipercayai buatan sendiri itu ditinggalkan di tepi sebatang tunggul kayu.

Katanya, pihak polis menerima aduan daripada orang awam kira-kira pukul 10 pagi dan setelah diperiksa didapati sebutir peluru berada di dalam laras senapang terbabit.

Mohd Zamri berkata senapang dan peluru itu akan dihantar ke Makmal Forensik di Cheras, Selangor untuk pemeriksaan lanjut.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 23 Aug 2016 7.49 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM