Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Senapang Dan 25 Butir Peluru Milik Warga Emas Di Klang Diram

Published: 19 Jun 2014 3.37 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Klang, 5 April - Polis merampas selaras senapang dan 25 butir peluru dari sebuah kereta pacuan empat roda milik seorang lelaki warga emas ketika mengadakan sekatan jalan raya di Bukit Tinggi di sini a..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/senapang-dan-25-butir-peluru-milik-warga-emas-di-klang-diram
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:23 MYT

Klang, 5 April - Polis merampas selaras senapang dan 25 butir peluru dari sebuah kereta pacuan empat roda milik seorang lelaki warga emas ketika mengadakan sekatan jalan raya di Bukit Tinggi di sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Kamarul Zaman Mamat berkata pihaknya bertindak menahan kenderaan dinaiki lelaki berusia 60-an itu selepas menemui senapang jenis shot gun Bore Semi Auto Browning di atas kerusi bahagian penumpang hadapan.

"Pemeriksaan mendapati lelaki itu mempunyai lesen senjata api tetapi senapang dan pelurunya dirampas kerana tidak disimpan di dalam tempat khas. Lelaki itu bagaimanapun tidak ditahan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata sekatan jalan raya itu diadakan sempena Ops Cantas Khas di enam lokasi berasingan di daerah ini bermula 12.01 pagi sehingga 5 pagi.

Enam lokasi terlibat ialah di Jalan Banting-Klang, Jalan Kota Pendamar, Jalan Sungai Jati, Persiaran Raja Muda Musa, Taman Sentosa dan Pulau Indah-Bukit Tinggi.

Kamarul Zaman berkata turut dirampas dalam operasi itu ialah sebilah kapak, 92 keping cakera padat video (VCD) dan dadah disyaki jenis heroin seberat 0.22 gram.

"Dalam operasi berkenaan sebanyak 102 buah kenderaan telah diperiksa dan sejumlah 48 saman bagi pelbagai kesalahan trafik telah dikeluarkan," katanya.

Beliau berkata seramai 16 individu berumur 23 hingga 45 tahun turut ditahan termasuk seorang lelaki warga Nepal, dua lelaki warga Nigeria dan dua wanita warga Indonesia.

Kesemua warga asing terbabit ditahan kerana tidak memiliki pasport, katanya. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 19 Jun 2014 3.37 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM