BUKIT
AMAN, 2 MEI 2012 - "Justice will be given to all victims." YDH Tan Sri
Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara menjelaskan bahawa siasatan
akan dijalankan terhadap semua laporan polis yang telah dibuat oleh
orang awam serta juga laporan yang dibuat oleh anggota polis sendiri
berkenaan dengan BERSIH 3.0. Jelas sekali kata-kata KPN ketika Majlis
Perjumpaan bersama Media di Mess Pegawai Bukit Aman pagi tadi.
Siasatan
sedang giat dijalankan oleh pihak polis dengan meneliti
keterangan-keterangan yang diperolehi. KPN berharap semua pihak memberi
kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyempurnakan siasatan
terhadap laporan-laporan yang dibuat, termasuk juga laporan-laporan
polis yang dibuat oleh petugas media. Semua pihak turut diminta bersabar
agar tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak sihat kerana perbuatan
sedemikian hanya mengeruhkan keadaan, menyukarkan siasatan secara adil
dan saksama, serta menyebabkan kekeliruan orang ramai.
Pendaftaran Wakil-wakil Media.


Ketibaan YDH Ketua Polis Negara Bersama YDH Timbalan Ketua Polis Negara.



Ucapan YDH Ketua Polis Negara


YDH Ketua Polis Negara Bersama Wakil Media.





Jurufoto : L/Kpl Raymond & Konst Santher
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Semua Laporan Disiasat
YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara menjelaskan bahawa siasatan akan dijalankan terhadap semua laporan polis yang telah dibuat oleh orang awam serta juga laporan yang dibuat oleh ang..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/semua-laporan-disiasat
Scan to view the latest live version.