Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sempena Pertabalan Sultan Perak Yang Baharu Jalan Bendahara Ditutup Mulai Jam 8 Pagi

Published: 06 May 2015 2.26 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Kangsar, 6 Mei- Bandar diraja Kuala Kangsar hari ini sibuk dengan kenderaan para tetamu dan petugas yang terlibat dengan Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah sejak pukul 7 pagi ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sempena-pertabalan-sultan-perak-yang-baharu-jalan-bendahara-ditutup-mulai-jam-8-pagi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:54 MYT

Kuala Kangsar, 6 Mei- Bandar diraja Kuala Kangsar hari ini sibuk dengan kenderaan para tetamu dan petugas yang terlibat dengan Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah sejak pukul 7 pagi ini.

Walaupun tidak dapat memasuki istana untuk menyaksikan secara langsung istiadat tersebut, namun terdapat segelintir rakyat jelata menunggu di pintu masuk istana untuk melihat suasana di sini.

Anggota polis ditempatkan dari susur masuk tol Kuala Kangsar sehingga ke istana bagi melancarkan perjalanan lalu lintas ke istiadat pertabalan.

Jalan Bendahara menuju ke istana mula tutup pukul 8 pagi bagi membolehkan tetamu kehormat terdiri daripada wakil raja-raja Melayu berangkat tiba, diikuti menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri.

Antara kenamaan yang dijadual hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.- BERNAMA

ArticlePublished 06 May 2015 2.26 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM