Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Semoga Segera Sembuh Sarjan Mohd Safian

Published: 20 Jun 2017 9.01 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Taiping, 20 Jun 2017 - Seorang anggota polis berpangkat sarjan cedera setelah terlanggar sebatang besi yang tertanggal dari bumbung sebuah lori di Kilometer 221.3, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/semoga-segera-sembuh-sarjan-mohd-safian
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:11 MYT

Taiping, 20 Jun 2017 - Seorang anggota polis berpangkat sarjan cedera setelah terlanggar sebatang besi yang tertanggal dari bumbung sebuah lori di Kilometer 221.3, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Wan Jamil Wan Chik berkata, dalam kejadian pada pukul 9 malam berhampiran Plaza Tol Changkat Jering itu, Sarjan Mohd. Safian Mahmud@Ismail cedera di tangan dan sakit pada bahagian belakang badan.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika anggota yang bertugas di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping itu dalam perjalanan pulang dari IPD Tapah ke IPD Taiping setelah selesai melakukan rondaan Op Selamat 2017.

Katanya, kemalangan terjadi apabila besi dari bumbung sebuah lori yang membawa muatan perabot tercabut dan terjatuh di atas jalan.

“Mangsa yang berada di belakang lori berkenaan tidak sempat mengelak lalu melanggar besi yang terjatuh.

“Akibatnya motosikal mangsa terbabas di lorong kecemasan dan mangsa mendapat kecederaan di tangan dan sakit belakang badan,” katanya.

Sumber: Utusan Online

ArticlePublished 20 Jun 2017 9.01 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM