Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Seminar Pembantu Hal Ehwal Islam Bil 1 2007

Published: 09 Jun 2014 2.23 AM Updated: 15 Aug 2026 7.49 PM
Bahagian Agama dan Kaunseling, Polis Diraja Malaysia telah menganjurkan Seminar Pembantu Hal Ehwal Islam PDRM Bil. 1/2007 pada 5 hingga 8 Ogos 2007 bertempat di Hotel Grand Continental, Kuala Terengga..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/seminar-pembantu-hal-ehwal-islam-bil-1-2007
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 02:45 MYT
Bahagian Agama dan Kaunseling, Polis Diraja Malaysia telah menganjurkan Seminar Pembantu Hal Ehwal Islam PDRM Bil. 1/2007 pada 5 hingga 8 Ogos 2007 bertempat di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

 

Seramai 68 orang Pembantu Hal Ehwal Islam Polis Diraja Malaysia dari seluruh Kontinjen/Formasi/Briged dan Institusi Latihan PDRM telah menghadiri seminar berkenaan. Turut hadir, 4 orang Penolong Pengarah Kanan Gred S44 dari JAKIM yang telah melaporkan diri di Bahagian Agama dan Kaunseling PDRM pada 1 Ogos yang lalu.

 

Objektif seminar tersebut adalah seperti berikut:

 

1. Memberi penerangan mengenai penubuhan Bahagian Agama dan Kaunseling PDRM dan kedudukan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17 yang sedia ada dalam PDRM.

 

2. Mendapatkan maklumat mengenai bidang tugas Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17 serta permasalahan yang dihadapi.

 

3. Membincangkan mengenai objektif serta halatuju Bahagian Agama dan Kaunseling PDRM.

 

 

Antara aktiviti yang telah diadakan semasa seminar tersebut ialah Penerangan Mengenai Struktur Perjawatan BAKA oleh DSP Zulkifli bin Hj. Jonit dari Cawangan Perjawatan Audit, Bukit Aman dan Majlis Dialog dengan Puan Zainab binti Saat, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Sumber Manusia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Selain dari itu, peserta seminar juga mendengar syarahan berkaitan Islam Hadhari yang telah disampaikan oleh Prof. Dr. Wan Mohd Nor bin Wan Daud, dari Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (ISTAC).

 

 

Seminar ini telah ditutup secara rasmi oleh YDH SAC I Dato' Benjamin bin Hj. Hasbie, Timbalan Pengarah Pengurusan (Penyelidik/Perancang), Bukit Aman pada 7 Ogos 2007. Turut hadir adalah YDH ACP Mohd Hazam bin Abdul Halim, Pemangku Timbalan Ketua Polis Terengganu.

Seminar Pembantu Hal Ehwal Islam Bil 1 2007

DSP. Azhan Bin Abdul Halim selaku Ketua Sekretariat Seminar Pembantu Hal Ehwal Islam Bil. 1/2007, menyampaikan Cenderamata kepada YDH. SAC1 Dato' Benjamin Bin Hasbie, Timbalan Pengarah Pengurusan (Penyelidik/Perangcang) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja BAKA. 
ArticlePublished 09 Jun 2014 2.23 AMUpdated 15 Aug 2026 7.49 PM