Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Seminar Pegawai Hal Ehwal Awam Dan Unit Polis Pelancong Polis Diraja Malaysia

Diterbitkan: 09 Jun 2014 2.25 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.49 PM
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YDH Dato' Mohamed Darus bin Mahmud, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran)..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/seminar-pegawai-hal-ehwal-awam-dan-unit-polis-pelancong-polis-diraja-malaysia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 11:49 MYT

Pulau Pinang - Seminar Pegawai Hal Ehwal Awam Dan Unit Polis Pelancong Polis Diraja Malaysia telah diadakan di Tanjung Bungah Beach Resort, Pulau Pinang dari 14 - 16 Ogos 2007. Seramai 33 orang pegawai dari Hal Ehwal Awam dan Unit Polis Pelancong dari seluruh kontinjen telah hadir di seminar tersebut

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YDH Dato' Mohamed Darus bin Mahmud, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) dan Majlis Penutupan oleh YDH Dato' Koh Hong Sun, Ketua Polis Pulalu Pinang. Hadir sama dimajlis tersebut ialah YDH ACP Ahmad Shamsuri bin Ahmad Mukri, Timbalan Pengarah Pengurusan (HEA), YDH Dato' Abdul Samah bin Mat, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, YDH ACP Zohdi bin Hj. Hanafiah, Ketua Jabatan Pentadbiran Pulau Pinang serta pegawai-pegawai dari IPK Pulau Pinang.

YDH ACP Ahmad Shamsuri bin Ahmad Mukri, Timbalan Pengarah Pengurusan (HEA) telah menyampai tiga taklimat di seminar tersebut dengan tajuk : Peranan Hea Dalam Rancangan Plan Strategik 5 Tahun PDRM, Perbincangan Mengenai Masalah yang Dihadapi Dalam Kes-kes Orang Hilang Dan Sistem Orang Hilang Yang Baru dan Peranan Polis Pelancong Dalam Pencegahan Jenayah. YDH Supt. Aziz bin Majid, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Risikan Jenayah Bukit Aman (D4) juga menyampaikan taklimat dengan tajuk: Trend Jenayah Semasa dan dibantu oleh ASP Chien Chunng Tsaur.

Seminar Pegawai Hal Ehwal Awam Dan Unit Polis Pelancong Polis Diraja Malaysia
Sesi Bergambar...YDH Dato' Mohamed Darus bin Mahmud, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), duduk lima dari kanan bergambar kenangan bersama peserta-peserta seminar.

Seminar Pegawai Hal Ehwal Awam Dan Unit Polis Pelancong Polis Diraja Malaysia
Sesi Bergambar...duduk dari kanan, YDH ACP Zohdi  Hi. Hanafiah, Wakil dari Motorola, YDH ACP Ahmad Shamsuri bin Ahmad Mukri, YDH Dato' Koh Hong Sun, Ketua Polis Pulau Pinang, YDH Dato' Abdul Samah bin Mat, YDH Supt. Aziz bin Majid dan ASP Chien Chunng Tsaur bergambar kenangan dengan peserta-peserta Seminar Pegawai Hal Ehwal Awam Dan Unit Polis Pelancong Polis Diraja Malaysia

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 2.25 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.49 PM