
Seminar Kpd 2019 Perkukuh Integriti Gerak Tiga Fokus Utama Kpn
Kuala Lumpur, 1 November 2019 - Selaku penguat dan penggerak kepada Pasukan, Ketua Polis Daerah (KPD) disaran untuk terus memperkukuhkan integriti sekaligus menggerakkan tiga fokus utama yang digariskan oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.
Perkara itu disampaikan oleh Timbalan KPN, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor dalam ucapannya sempena Majlis Penutupan Seminar Ketua Polis Daerah Tahun 2019 yang berlangsung di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur, hari ini.
Jelas beliau, semua KPD perlu memastikan tiga fokus utama KPN iaitu ‘Meningkatkan Integriti dan Akauntabiliti’, ‘Mempertingkatkan Tahap Sistem Penyampaian Perkhidmatan’ dan ‘Menyokong Keperluan Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC)’ digerakkan secara total dalam daerah masing-masing dengan pelaksanaan agresif serta pemantauan secara berterusan.
“Mutu perkhidmatan kepada masyarakat juga harus diperkasa demi meningkatkan tahap kepuasan dan keyakinan masyarakat terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM),” ujar beliau lagi.
Seminar dua hari (30 Oktober hingga 1 November) itu merupakan program tahunan yang menjadi platform kepada semua KPD untuk bertukar-tukar pendapat, terutamanya dari sudut perundangan semasa dan penyelarasan urusan pentadbiran.
Selain itu, ia juga menjadi wadah dalam membincangkan hal berkaitan logistik serta kebajikan warga PDRM demi meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan di daerah masing-masing.
Para peserta seminar turut diperdengarkan dengan beberapa sesi taklimat yang disampaikan oleh barisan pucuk pimpinan PDRM, meliputi keseluruhan konteks gerak kerja dan dasar pasukan.
Turut hadir, barisan pengarah PDRM, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), DCP Dato’ Nerita Yaacob, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Dato’ Yong Lei Choo, para pegawai kanan PDRM dan wakil-wakil media.
Ketua-ketua Polis Daerah bergambar kenangan bersama Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor di Seminar Ketua Polis Daerah Tahun 2019.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan amanat sempena Majlis Seminar Ketua Polis Daerah Tahun 2019 yang berlangsung di Dewan Ketua Polis Negara, Maktab PDRM Kuala Lumpur.
Amanat dan Perasmian Penutupan Seminar Ketua Polis Daerah Tahun 2019 oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Mohd Zakaria Ahmad menandatangani buku pelawat.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato' Zamri Yahya menandatangani buku pelawat.
Sesi ceramah bertajuk 'Pengurusan Media dan Komunikasi' disampaikan oleh Ketua Komunikasi Korporat PDRM, SAC Dato' Asmawati Ahmad.
Sesi ceramah bertajuk 'Trend Jenayah Semasa' oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Huzir Mohamed.
Sesi forum bertajuk 'Adakah Pelaksanaan IPCMC Mampu Untuk Mengukuhkan Intergriti di Kalangan Warga PDRM' bersama moderator Bahagian Dasar dan Sumber Manusia, SAC Tuan Sulaiman Yahya serta ahli panel Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato' Zamri Yahya dan Ketua Urus Setia KPN (Perundangan), SAC Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri.
Ketua Urus Setia KPN, DCP Dato' Ramli Mohamed Yoosuf mengutarakan soalan semasa sesi soal jawab.
Antara Ketua Polis Daerah yang mengutarakan soalan semasa sesi soal jawab.
Antara Ketua Polis Daerah yang mengutarakan soalan semasa sesi soal jawab.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din mewakili peserta seminar menyampaikan cenderahati kepada Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato' Zamri Yahya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din mewakili peserta seminar menyampaikan cenderahati kepada Ketua Urus Setia KPN (Perundangan), SAC Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menandatangani buku pelawat.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan amanat sempena Majlis Seminar Ketua Polis Daerah Tahun 2019 yang berlangsung di Dewan Ketua Polis Negara, Maktab PDRM Kuala Lumpur.
Majlis 'After Dinner Talk' bersama Timbalan KPN, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor.
Antara yang hadir Majlis 'After Dinner Talk' bersama Timbalan KPN, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor.
Sesi soal jawab.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din mewakili peserta seminar menyampaikan cenderahati kepada Timbalan KPN, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor.
Bacaan doa sebelum bermulanya Majlis 'After Dinner Talk' bersama Pengarah Pengurusan, CP Dato' Abd Rahim Jaafar.
Majlis 'After Dinner Talk' bersama Pengarah Pengurusan, CP Dato' Abd Rahim Jaafar.
Antara yang hadir Majlis 'After Dinner Talk' bersama Pengarah Pengurusan, CP Dato' Abd Rahim Jaafar.
Sesi soal jawab.
Pengacara majlis.
Sesi soal jawab.
Timbalan KPN, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor menandatangani buku pelawat.
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor bersama Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), DCP Dato’ Nerita Yaacob dan Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Dato’ Yong Lei Choo.
Nyanyian lagu kebangsaan Negaraku dan Sang Saka Biru.
Bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Mohd Asraf Md Noh.
Bacaan doa.
Amanat dan Perasmian Penutupan Seminar Ketua Polis Daerah Tahun 2019 oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor.
Antara Ketua-ketua Polis Daerah yang hadir di Seminar Ketua Polis Daerah Tahun 2019.
Antara Ketua-ketua Polis Daerah yang hadir di Seminar Ketua Polis Daerah Tahun 2019.
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor menyampaikan sijil kepada wakil peserta seminar, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan mewakili peserta seminar menyampaikan cenderahati kepada Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor.
Sekitar sidang media Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor.