Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Seminar Kepimpinan Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia 2007

Diterbitkan: 09 Jun 2014 1.53 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.49 PM
Seminar Kepimpinan Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD) 2007 telah berlangsung di Kuala Lumpur International Hotel. Seminar tiga hari itu bermula dari 19-21 Jun 2007, mengumpulkan se..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/seminar-kepimpinan-persatuan-pegawai-rendah-polis-diraja-malaysia-2007
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:08 MYT

Kuala Lumpur - 21 Jun 2007. Seminar Kepimpinan Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD) 2007 telah berlangsung di Kuala Lumpur International Hotel. Seminar tiga hari itu bermula dari 19-21 Jun 2007, mengumpulkan seramai 250 orang peserta yang terdiri dari semua peringkat pangkat Pegawai Pangkat Rendah Polis dari seluruh negara

Seminar yang bertemakan 'Hala Tuju Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysian' itu dirasmikan oleh YDH Tan Sri Musa bin Dato'Haji Hassan, Ketua Polis Negara. Hadir sama, YDH Tan Sri Mohd Najib bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Polios Negara, YDH CP Dato' Mohd Zainal Tahir, Pengarah Jabatan Logistik PDRM, YDH DCP dato' Abdul Razak Hj Bokhari, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) merangkap pemangku Pengarah Pengurusan, YDH DCP Dato' Ismail Haji Omar, Ketua Polis Selangor dan YDH SAC 1 Zul Hasnan Najib Baharudin, pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur.

Pada majlis itu juga lagu tema berjodol 'BERBAKTI' ciptaan Sub. Insp. Mohd Rozi Abd Halim, Timbalan Ketua Polis Balai Kota Setar, Kedah, secara rasminya dilancarkan dan telah mendapat perkenan dari YDH Ketua Polis Negara.

Seminar Kepimpinan Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia 2007
YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara menerima cenderahati daripada Sub. Insp Jamal Abdullah, Presiden PPRPD Malaysia di majlis Malam Selingkar Kasih Sejambak Budi Bersama Ketua Polis Negara sempena Majlis Penutupan Seminar Kepimpinan PPRPD Malaysia 2007.

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 1.53 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.49 PM