Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Seminar Kepimpinan Persatuan Pangkat Rendah Pprpd Kontinjen Sarawak Bersama Briged Sarawak Pga

Published: 09 Jun 2014 2.29 AM Updated: 15 Aug 2026 7.48 PM
Seiring dengan Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan Negara, Persatuan Pangkat Rendah Polis (PPRPD) Kontinjen Sarawak bersama Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/seminar-kepimpinan-persatuan-pangkat-rendah-pprpd-kontinjen-sarawak-bersama-briged-sarawak-pga
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:28 MYT

Kuching- 27 Ogos 2007. Seiring dengan Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan Negara, Persatuan Pangkat Rendah Polis (PPRPD) Kontinjen Sarawak bersama Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am, telah mengadakan Seminar Kepimpinan pada 25- 27 Ogos 2007 di Hotel Grand Continental Kuching, Sarawak. Seminar tersebut dirasmikan oleh YDH Dato' Talib Jamal, Pesuruhjaya Polis Sarawak.

Seminar yang dihadiri seramai 170 anggota pangkat rendah dari pelbagai peringkat pangkat itu dimulai dengan ceramah oleh Ahmad Kamal Affendi Hashim diikuti Sub Insp. Harun Hassan, ASP Osman Hj. Mamat dan Ust. Hj. Hazarudin Hj. Baharudin. Melalui seminar, para ahli bukan sahaja mendapat input terbaru tentang pasukan malahan dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan menghayati nilai kemerdekaan, kedaulatan dan kegemilangan negara.

Menurut D/Sjn Mohd Hajemi Hj. Omar, Pengerusi PPRPD Kontinjen Sarawak, seminar tersebut diadakan adalah dalam usaha memperkasakan para ahli PPRPD Sarawak sebagai modal insan yang berguna kepada pasukan dan negara.

D/Sjn Mohd Hajemi menegaskan bahawa generasi hari ini mestilah sedar bahawa kemerdekaan itu tidak boleh dibayar dengan wang ringgit, sebaliknya memerlukan pengorbanan bagi mengatasi segala cabaran untuk membolehkan Malaysia terus maju dan PDRM terbilang di dunia. "Di samping itu para ahli juga dapat bertukar pandangan dan berkongsi maklumat bagi melaksanakan dasar pucuk pimpinan tertinggi PDRM dan juga kepimpinan Kontinjen Sarawak", ujar beliau lagi.

Turut hadir pada seminar itu ialah ASP Venogopal Navaretnam, Ketua Unit Penerbitan Cawangan Perhubungan Awam Bukit Aman, Sub Insp. Bajok Saganate Pengerusi PPRPD Briged Sabah PGA dan D/L/Kpl. Roslani Abdullah Pengerusi PPRPD Kontinjen Sabah.

Seminar Kepimpinan Persatuan Pangkat Rendah Pprpd Kontinjen Sarawak Bersama Briged Sarawak Pga
Pengerusi PPRPD Kontinjen Sarawak, D/Sjn Mohd Hajemi Hj. Omar menyampaikan cenderahati kepada YDH Dato' Talib bin Jamal, Pesuruhjaya Polis Sarawak dengan diperhatikan oleh mantan-mantan Pengerusi PPRPD Kontinjen Sarawak.

ArticlePublished 09 Jun 2014 2.29 AMUpdated 15 Aug 2026 7.48 PM