Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Seminar Celik Undang Undang Kekeluargaan Islam Siri 3 2008

Published: 09 Jun 2014 8.10 AM Updated: 15 Aug 2026 7.48 PM
Seminar ini telah dianjurkan oleh Bahagian Agama dan Kaunseling Polis Diraja Malaysia (BAKA) dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/seminar-celik-undang-undang-kekeluargaan-islam-siri-3-2008
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:26 MYT

Bukit Aman - 3 Julai 2008. Seminar Celik Undang-Undang Kekeluargaan Islam Siri 3/2008 telah di adakan di Dewan Serbaguna Masjid Bukit Aman.

Seminar ini telah dianjurkan oleh Bahagian Agama dan Kaunseling Polis Diraja Malaysia (BAKA) dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Y.Bhg. Encik Mohd Rais bin Hj. Alias, Pengurus Besar Pusat Zakat(PPZ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Majlis Perasmian oleh YDH SAC I Dato' Ahmad bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) PDRM.

Hadir di seminar ini juga ialah YDH SAC II Dr. Hashim bin Haron, Timbalan Pengarah Pengurusan (Agama dan Kaunseling), YDH SAC I Dato' Benjamin bin Hj. Hasbie, Timbalan Ketua Urus Setia KPN (Penyelidik/Pembangunan), YDH SAC I Puan Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) serta Pegawai-pegawai Polis Diraja Malaysia.

Di seminar ini juga, telah di adakan ceramah bertajuk  'Hak-hak Suami Isteri Semasa Perkahwinan dan Selepas Pembubaran Perkahwinan' yang disampaikan oleh Y.Bhg. Encik Mohd. Faiz bin Adnan, Peguam Syarie dari Tetuan Mohd. Faiz & Co. dan 'Penyucian Rohani Melalui keberkatan Berzakat' yang disampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz Fahmi bin Ismail, Eksekutif Kanan, Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Allah SWT berfirman,"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antaramu rasa-rasa kasih dan sayang," (Ar-Ruum : 221)

"Ketahuilah, sesungguhnya kamu (suami) mempunyai hak yang harus ditunaikan oleh isteri kamu, dan isteri kamu juga mempunyai hak yang harus ditunaikan oleh kamu" - Hadis sahih Ibnu Majah

Sabda Rasulullah s.a.w " Islam dibinakan di atas 5 perkara: Mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan ibadah haji bagi yang mampu."

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti 1 biji benih yang tumbuh mengeluarkan 7 tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji, Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan ganjaran bagi sesiapa yang dikehendakiNya, Dan Allah Maha Luas (Rahmat) KurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya'
- Al-Baqarah : 261

Untuk dihubungi : Pusat Pungutan Zakat
Telefon : 03-2693 6699
E-mel    : info@zakat.com.my
Laman Web : www.zakat.com.my

Seminar Celik Undang Undang Kekeluargaan Islam Siri 3 2008
Antara pegawai-pegawai PDRM yang hadir Seminar Celik Undang-Undang Kekeluargaan Islam Siri 3/2008

Seminar Celik Undang Undang Kekeluargaan Islam Siri 3 2008
Hadir sama ...(kanan) YDH SAC I Dato' Benjamin bin Hj. Hasbie, Timbalan Ketua Urus Setia KPN (Penyelidik/Pembangunan), YDH SAC I Puan Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran)

Seminar Celik Undang Undang Kekeluargaan Islam Siri 3 2008
Perasmian...Ucapan Perasmian oleh YDH SAC I Dato' Ahmad bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) PDRM.

Seminar Celik Undang Undang Kekeluargaan Islam Siri 3 2008
Cenderahati...YDH SAC I Dato' Ahmad bin Ibrahim menyampaikan cenderahati kepada Y.Bhg. Encik Mohd Rais bin Hj. Alias, Pengurus Besar Pusat Zakat(PPZ) (MAIWP) sambil diiringi oleh YDH SAC II Dr. Hashim bin Haron, Timbalan Pengarah Pengurusan (Agama dan Kaunseling), 

Seminar Celik Undang Undang Kekeluargaan Islam Siri 3 2008
Ceramah bertajuk  'Hak-hak Suami Isteri Semasa Perkahwinan dan Selepas Pembubaran Perkahwinan' yang disampaikan oleh Y.Bhg. Encik Mohd. Faiz bin Adnan, Peguam Syarie dari Tetuan Mohd. Faiz & Co.

Seminar Celik Undang Undang Kekeluargaan Islam Siri 3 2008
'Penyucian Rohani Melalui keberkatan Berzakat' yang disampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz Fahmi bin Ismail, Eksekutif Kanan, Pusat Pungutan Zakat (PPZ) (MAIWP)

ArticlePublished 09 Jun 2014 8.10 AMUpdated 15 Aug 2026 7.48 PM