Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sembunyi Lembu Dalam Rumah

Published: 13 Jun 2014 7.34 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
''Bertindak atas maklumat, intipan dijalankan di Kampung Atas Kok, Simpangan dekat sini kira-kira pukul 10 malam kelmarin berjaya merampas enam ekor lembu dianggarkan bernilai RM24,000 yang diseludup ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sembunyi-lembu-dalam-rumah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:56 MYT

TUMPAT 10 Jun 2010 - Bagi mengaburi pihak berkuasa, penyeludup sering menggunakan pelbagai kaedah termasuk di luar jangkaan.

Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki yang menyimpan haiwan yang diseludup masuk ke negara ini dalam rumahnya sendiri yang mencurigakan penduduk setempat.

Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9, Superintenden Kamaruddin bin Yusoff berkata, hasil maklumat orang ramai, pihaknya berjaya membongkar taktik terbaru itu.

''Bertindak atas maklumat, intipan dijalankan di Kampung Atas Kok, Simpangan dekat sini kira-kira pukul 10 malam kelmarin berjaya merampas enam ekor lembu dianggarkan bernilai RM24,000 yang diseludup oleh seorang lelaki," katanya.

Beliau berkata, pada awalnya, anggota PGA ternampak seorang lelaki sedang mengheret seekor lembu dalam jarak 100 meter dari tebing Sungai Golok ke sebuah rumah di kawasan kampung berkenaan.

''Anggota PGA kemudian terus membuat intipan dan hasil pemeriksaan menemui tiga ekor lembu yang disembunyikan di kawasan semak berhampiran sebuah rumah.

''Ketika sedang memeriksa di kawasan itu, anggota PGA terdengar bunyi hentakan pada lantai simen di bahagian dapur rumah tersebut," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, rumah tersebut berkunci dari dalam dan anggota yang membuat intipan mendapati terdapat tiga ekor lembu disembunyikan di bahagian dapur.

''Anggota PGA cuba membuka pintu tersebut namun gagal sebelum seorang lelaki berusia lingkungan 40-an keluar dan memperkenalkan dirinya sebagai tuan rumah.

''Hasil soal siasat, lelaki itu merupakan seorang anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan memiliki rekod kesalahan yang sama iaitu menyeludup lembu dari negara jiran sebelum ini," ujarnya.

Lembu berkenaan dipercayai untuk pasaran tempatan dan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk tindakan lanjut.

ArticlePublished 13 Jun 2014 7.34 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM