Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sembunyi Dadah Dalam Coli

Published: 13 Jun 2014 7.39 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Dua wanita yang berstatus janda menyembunyikan 20 botol dadah di dalam coli ketika polis membuat serbuan di di hadapan tandas awam stesen bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu . Dadah seberat 83 gram ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sembunyi-dadah-dalam-coli
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:56 MYT

KUALA TERENGGANU, 20 Jun 2010 -- Dua wanita yang berstatus janda menyembunyikan 20 botol dadah di dalam coli ketika polis membuat serbuan di di hadapan tandas awam stesen bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu, Supt Roslan Abdul Wahid berkata dadah seberat 83 gram bernilai RM28,000 itu dijumpai pada salah seorang daripada wanita itu pada serbuan Khamis lepas kira-kira pukul 6 pagi.

"Kita percaya wanita itu yang juga pengedar dadah berada di situ untuk menunggu pembeli," katanya dalam sidang media di pejabat narkotik IPK di sini pada Ahad.

Beliau berkata seorang daripada wanita itu berumur 43 tahun mempunyai empat orang anak dan cucu, beralamat di Rantau Panjang, Kelantan manakala seorang lagi berumur 30 tahun beranak satu dari Kuala Lumpur.

Roslan berkata wang tunai RM106 dan matawang bath Thailand sebanyak 1,410 bath turut dirampas daripada wanita-wanita itu.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati kedua-dua wanita yang merupakan rakan baik itu juga menagih dadah jenis pil WY. Mereka direman oleh Mahkamah Majistret Terengganu sehingga Rabu ini untuk siasatan lanjut.

Kedua-dua wanita itu ditahan dalam serbuan tersebut hasil daripada maklumat orang awam.

Sementara itu, dalam kes berasingan, pukul 10.15 malam semalam, polis cawangan anti-narkotik menahan seorang remaja dan merampas 166 biji dadah pil WY bernilai RM5,000 setelah membuat serbuan ke sebuah rumah di Kampung Petai Bubus, Manir di sini.

Roslan berkata remaja berumur 19 tahun dan bekerja sebagai pengimpal disyaki sebagai pengedar dadah.

Beliau berkata mengikut statistik dari Januari hingga Jun tahun ini, sejumlah 5,245 tangkapan telah dibuat terhadap pelbagai kesalahan berkaitan dadah berbanding 4,419 dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Katanya perangkaan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 826 tangkapan. Bagi pembekal dadah pula meningkat seramai 10 orang dalam tempoh enam bulan tahun ini iaitu daripada 197 tahun lalu kepada 207 orang tahun ini.

ArticlePublished 13 Jun 2014 7.39 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM