Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sembunyi Dadah Bawah Tilam

Diterbitkan: 18 Aug 2014 4.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tindakan sekumpulan lelaki dan wanita menyembunyikan dadah disyaki ganja di bawah tilam hanya sia-sia apabila perbuatan mereka berjaya dihidu polis ketika serbuan polis ke sebuah hotel di Taman Bayu Perdana, di sini, awal pagi kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sembunyi-dadah-bawah-tilam
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:44 MYT
Klang, 18 Ogos - Tindakan sekumpulan lelaki dan wanita menyembunyikan dadah disyaki ganja di bawah tilam hanya sia-sia apabila perbuatan mereka berjaya dihidu polis ketika serbuan polis ke sebuah hotel di Taman Bayu Perdana, di sini, awal pagi kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Goh Lee Fook berkata, kesemua mereka dikatakan baru tiba di hotel itu dipercayai untuk meneruskan aktiviti berkenaan.

Dalam serbuan sekitar jam 12.35 pagi itu, mereka yang disyaki terlibat dalam aktiviti jual beli dadah itu bertindak menginap di hotel berkenaan bagi menyembunyikan aktiviti daripada pengetahuan pihak berkuasa.

"Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk tindakan lanjut termasuk menjalani ujian saringan air kencing," katanya.

Sembunyi Dadah Bawah Tilam
Sumber: Sinar Harian
ArtikelDiterbitkan 18 Aug 2014 4.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM