Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sembilan Wanita Warga Asing Ditahan Dalam Ops Noda Di Tawau

Published: 18 Jun 2014 5.47 AM Updated: 15 Aug 2026 7.39 PM
Tawau, 21 Nov - Polis menahan sembilan wanita warga asing yang dipercayai menyalahgunakan permit kerja dalam operasi 'Ops Noda' di sebuah hotel di Jalan Kuhara di sini, Sabtu lepas...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sembilan-wanita-warga-asing-ditahan-dalam-ops-noda-di-tawau
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:54 MYT

Tawau, 21 Nov - Polis menahan sembilan wanita warga asing yang dipercayai menyalahgunakan permit kerja dalam operasi 'Ops Noda' di sebuah hotel di Jalan Kuhara di sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata dalam operasi pada kira-kira 9.30 malam itu, pihaknya turut menahan tiga penjaga premis warga tempatan iaitu seorang lelaki dan dua wanita.

"Kesemua yang ditahan berumur antara 17 dan 39 tahun, dan lapan daripada sembilan warga asing itu adalah warga China manakala seorang lagi warga Thailand," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua wanita warga asing itu didapati bekerja sebagai tukang urut dan dipercayai turut menjalankan kegiatan pelacuran.

"Kami juga akan rujuk kes itu kepada pihak berkuasa tempatan kerana premis itu disyaki beroperasi tanpa lesen yang sah," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
 
Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 5.47 AMUpdated 15 Aug 2026 7.39 PM