Sembilan Wanita Warga Asing Ditahan Dalam Ops Noda Di Tawau
Tawau,
21 Nov - Polis menahan sembilan wanita warga asing yang dipercayai
menyalahgunakan permit kerja dalam operasi 'Ops Noda' di sebuah hotel di
Jalan Kuhara di sini, Sabtu lepas.
Ketua
Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata dalam operasi pada
kira-kira 9.30 malam itu, pihaknya turut menahan tiga penjaga premis
warga tempatan iaitu seorang lelaki dan dua wanita.
"Kesemua
yang ditahan berumur antara 17 dan 39 tahun, dan lapan daripada
sembilan warga asing itu adalah warga China manakala seorang lagi warga
Thailand," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau
berkata kesemua wanita warga asing itu didapati bekerja sebagai tukang
urut dan dipercayai turut menjalankan kegiatan pelacuran.
"Kami
juga akan rujuk kes itu kepada pihak berkuasa tempatan kerana premis
itu disyaki beroperasi tanpa lesen yang sah," katanya sambil menambah
kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B
Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Sumber : BERNAMA