Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sembilan Lelaki Ditahan Disyaki Terlibat Kegiatan Ceti Haram

Diterbitkan: 18 Jun 2014 8.20 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.34 PM
Kuantan, 23 Jan - Polis Pahang percaya dapat membanteras kegiatan ceti haram atau along yang menumpukan peminjam di kalangan kaki judi di Genting Highlands selepas menahan sembilan lelaki dalam operas..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sembilan-lelaki-ditahan-disyaki-terlibat-kegiatan-ceti-haram
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:06 MYT

Kuantan, 23 Jan - Polis Pahang percaya dapat membanteras kegiatan ceti haram atau along yang menumpukan peminjam di kalangan kaki judi di Genting Highlands selepas menahan sembilan lelaki dalam operasi 21 Jan lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Azizan Md Isa berkata kegiatan along yang bergerak secara perseorangan itu bukan sahaja memberi perkhidmatan pinjaman wang antara RM1,000 dan RM10,000 malah mereka dipercayai turut menjalankan kegiatan pelacuran.

"Along yang ditahan turut menjalankan aktiviti gadaian kepada peminjam yang tidak mampu melunaskan pinjaman dengan menerima barangan seperti telefon bimbit, barang kemas, komputer riba dan kereta," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya kesemua suspek berumur 27 hingga 52 tahun itu berasal dari Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Dalam operasi itu polis turut merampas 378 keping kad panggilan, 15 unit telefon bimbit dan wang tunai RM12,561.

Menurut Azizan, dua suspek yang ditahan didapati positif dadah jenis methamphetamine dan mereka kini ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong.

Mengulas lanjut mengenai aktiviti along di negeri ini, beliau berkata ia masih dalam keadaan terkawal dan tiada kes ugutan secara serius yang diterima mangsa.

"Sepanjang tahun lepas, hanya 12 serbuan yang dibuat membabitkan kegiatan along dan 13 suspek ditahan," katanya. 

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 8.20 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.34 PM