Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sembilan Lelaki Ditahan Dipercayai Terlibat Judi Dalam Talian

Published: 02 Sep 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kesemua suspek yang ditahan termasuk seorang pekerja di premis perjudian itu, mereka ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sembilan-lelaki-ditahan-dipercayai-terlibat-judi-dalam-talian
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:53 MYT

Alor Setar, 2 Sept - Polis menahan sembilan lelaki dipercayai terlibat dalam aktiviti perjudian dalam talian di sebuah rumah di Taman Perindustrian Mergong di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata kesemua suspek berumur 17 hingga 40 tahun itu ditahan pihak berkuasa kira-kira 12.05 tengah malam tadi.

Beliau berkata hasil serbuan itu pihaknya merampas lapan komputer riba dan modem internet yang digunakan untuk tujuan perjudian serta wang tunai RM700.

"Siasatan mendapati operasi perjudian di rumah dua tingkat itu dijalankan sejak dua bulan lepas dan suspek yang ditahan berasal sekitar Alor Setar dan Sungai Petani," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mohd Nashir berkata pihaknya sedang mengesan pemilik premis perjudian itu berdasarkan alamat pada bil air dan elektrik yang turut dirampas, bagi membantu siasatan.

Menurutnya, kesemua suspek yang ditahan termasuk seorang pekerja di premis perjudian itu, mereka ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Mohd Nashir berkata premis perjudian itu beroperasi tanpa henti dalam tempoh 24 jam dan menawarkan iklan perjudian menerusi laman sesawang bagi menarik perhatian peminat judi dalam talian. - BERNAMA

ArticlePublished 02 Sep 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM