Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sembilan Lelaki 16 Wanita Ditahan Di Sebuah Premis Hiburan Di Jb

Published: 07 Nov 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan sembilan lelaki dan 16 wanita semasa Ops Gempur di sebuah premis hiburan di Jalan Tebrau, di sini, awal hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sembilan-lelaki-16-wanita-ditahan-di-sebuah-premis-hiburan-di-jb
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:29 MYT

Johor Baharu, 7 Nov- Polis menahan sembilan lelaki dan 16 wanita semasa Ops Gempur di sebuah premis hiburan di Jalan Tebrau, di sini, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata kesemua mereka ditahan dalam serbuan selama dua jam bermula 12.30 tengah malam hingga 2.30 pagi tadi.

"Serbuan terbabit memeriksa 175 individu yang berada di dalam premis berkenaan iaitu 130 lelaki dan 45 wanita," katanya di sini hari ini.

Sulaiman berkata, hasilnya, polis mendapati lapan daripada lelaki terbabit positif terhadap dadah jenis amphetamine manakala seorang lelaki lagi didapati orang yang dikehendaki polis berkaitan kes di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah di Jasin, Melaka.

Beliau berkata pemeriksaan terhadap wanita pula mendapati 15 daripadanya turut didapati positif terhadap dadah jenis amphetamine.

"Seorang wanita lagi dipercayai pemilik premis berkenaan dan dia kini ditahan bagi membantu siasatan kerana tidak mempunyai lesen hiburan," katanya.

Menurut Sulaiman, kesemua yang berumur lingkungan 20-an itu kini disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan Negeri Johor.-BERNAMA

ArticlePublished 07 Nov 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM