Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sembangtrafik Tiada Kompromi Bagi Pemandu Yang Mabuk Atau Mengambil Dadah Sehingga Menyebabkan Kematian

Diterbitkan: 29 Oct 2020 10.03 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Banyak kes kemalangan yang meragut nyawa melibatkan mereka yang memandu di bawah pengaruh minuman memabukkan atau dadah. Polis Diraja Malaysia tidak akan berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 yang telah diwartakan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sembangtrafik-tiada-kompromi-bagi-pemandu-yang-mabuk-atau-mengambil-dadah-sehingga-menyebabkan-kematian
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:38 MYT

Banyak kes kemalangan yang meragut nyawa melibatkan mereka yang memandu di bawah pengaruh minuman memabukkan atau dadah. Polis Diraja Malaysia tidak akan berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 yang telah diwartakan.

Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020, iaitu memandu semasa di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah dan menyebabkan kematian.

Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara selama 10 hingga 15 tahun dan denda tidak kurang daripada RM50,000 sehingga RM100,000 serta hilang kelayakan memiliki lesen memandu melebihi 10 tahun bagi sabitan kali pertama. Manakala bagi sabitan kali kedua dan seterusnya pula, boleh dikenakan hukuman penjara selama 15 hingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada RM100,000 sehingga RM150,000 serta hilang kelayakan memiliki lesen memandu selama 20 tahun.

#SembangTrafikPDRM
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#29102020

Image may contain: one or more people, text that says 'SEMBANG TRAFIK STO AWAS! MEMANDU DI BAWAH PENGARUH MINUMAN YANG MEMABUKKAN ATAU DADAH DAN MENYEBABKA
ArtikelDiterbitkan 29 Oct 2020 10.03 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM