Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Posting Pilihan Dua Anggota Polis Cetus Idea Bonet Mpv Bantu Penduduk Kampung

Diterbitkan: 29 Oct 2020 2.09 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Program ‘Bonet MPV’ yang dicetuskan oleh Koperal Nornizam Nordin dan Koperal Fazrul Hisham Jaafar Sidek dari Unit Kereta Peronda (MPV), Balai Polis Alor Janggus, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Kedah ini sedikit sebanyak mengurangkan beban mereka yang amat memerlukan bantuan terutamanya bagi penduduk kampung di Alor Janggus. Usaha murni yang dilakukan sangat membanggakan Pasukan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-posting-pilihan-dua-anggota-polis-cetus-idea-bonet-mpv-bantu-penduduk-kampung
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:59 MYT
Program ‘Bonet MPV’ yang dicetuskan oleh Koperal Nornizam Nordin dan Koperal Fazrul Hisham Jaafar Sidek dari Unit Kereta Peronda (MPV), Balai Polis Alor Janggus, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Kedah ini sedikit sebanyak mengurangkan beban mereka yang amat memerlukan bantuan terutamanya bagi penduduk kampung di Alor Janggus. Usaha murni yang dilakukan sangat membanggakan Pasukan.

Menurut Koperal Nornizam idea tersebut muncul ketika mereka melakukan rondaan di kawasan kampung semasa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang lalu di mana terdapat beberapa keluarga yang terputus bekalan makanan ekoran penularan pandemik COVID-19.

Justeru, perbincangan bersama rakan setugas dan ketua polis balai membuahkan hasil apabila sebulat suara bersetuju untuk menghulurkan bantuan dan sumbangan bagi meringankan beban penduduk yang memerlukan melalui program yang dinamakan ‘Bonet MPV’ ini.

Teruskan usaha murni ini dan pastinya bantuan yang dihulurkan memberi seribu makna serta kegembiraan buat mereka. Semoga menjadi inspirasi buat semua!
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpp Covid 19 Posting Pilihan Dua Anggota Polis Cetus Idea Bonet Mpv Bantu Penduduk Kampung

Pkpp Covid 19 Posting Pilihan Dua Anggota Polis Cetus Idea Bonet Mpv Bantu Penduduk Kampung

Pkpp Covid 19 Posting Pilihan Dua Anggota Polis Cetus Idea Bonet Mpv Bantu Penduduk Kampung

Pkpp Covid 19 Posting Pilihan Dua Anggota Polis Cetus Idea Bonet Mpv Bantu Penduduk Kampung
ArtikelDiterbitkan 29 Oct 2020 2.09 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM