Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sembangtrafik Berlumba Dan Memotong Secara Zig Zag Membahayakan Pengguna Jalan Raya

Published: 11 Jul 2023 11.32 AM Updated: 15 Aug 2026 8.22 PM
Pemandu atau penunggang yang memandu dan memotong secara "zig-zag" boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sembangtrafik-berlumba-dan-memotong-secara-zig-zag-membahayakan-pengguna-jalan-raya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:46 MYT
Pemandu atau penunggang yang memandu dan memotong secara "zig-zag" boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain.
Tindakan tersebut nyata melanggar undang-undang di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara berbahaya dan melulu.
Jika disabitkan kesalahan, pemandu atau penunggang boleh dipenjara sehingga lima tahun serta dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000. Jika pemandu adalah pemegang lesen memandu percubaan (P), lesen boleh dibatalkan.
Bagi kesalahan berikutnya, boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda minimum RM10,000, maksimum RM20,000 serta hilang kelayakan lesen memandu sehingga tempoh 10 tahun.
 
ArticlePublished 11 Jul 2023 11.32 AMUpdated 15 Aug 2026 8.22 PM