Artikel
Sembahyang Kristian Sempena Hari Polis Ke 206
Sembahyang Keagamaan Kristian Sempena Peringatan Hari Polis Ke-206 Tahun telah berlangsung di Trinity Methodist Church.....
Petaling Jaya, Selangor - 14 Jun 2013 - Sembahyang Keagamaan Kristian Sempena Peringatan Hari Polis Ke-206 Tahun telah berlangsung di Trinity Methodist Church, Jalan Gasing, Petaling Jaya bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari ini.
Hadir memeriahkan majlis ialah ACP Simon Kwan Chwan Yaan dari Pasukan Petugas Khas merangkap Pengerusi Upacara Majlis Sembahyang Kristian PDRM, Pegawai-pegawai kanan, anggota-anggota serta pegawai-pegawai awam PDRM.
Upacara sembahyang ini yang sepatutnya diadakan dalam bulan April telah ditunda ke hari ini disebabkan kesibukan masing-masing dalam menjayakan proses pilihanraya dengan lancar.Panji-panji diarak masuk.
ACP Simon Kwan Chwan Yaan dari Pasukan Petugas Khas merangkap Pengerusi Upacara Majlis Sembahyang Kristian PDRM.
Gambar sepanjang upacara berlangsung.
'Scripture Reading' oleh SUPT Howard Chai Ching Hau dari Cawangan Khas PDRM.
'Sermon' oleh Bishop Dr. Ong Hwai Teik
Pihak gereja memberi cenderamata kepada yang hadir.
Ucapan oleh ACP Simon Kuan Chwan Yaan.
PDRM menyampaikan cenderamata kepada pihak gereja Trinity Methodist Church
Panji-panji diarak keluar.
Bergambar kenangan.
Jamuan makan tengah hari.
Trinity Methodist Church, Jalan Gasing, No.6 Jln. 5/37 Petaling Jaya, Selangor.