Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sembahyang Khas Agama Hindu Sempena Peringatan Hari Polis Yang Ke 208 Pdrm

Published: 20 Apr 2015 12.52 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 18 April 2015 – Sembahyang Khas Agama Hindu Sempena Peringatan hari Polis Yang Ke-208 Tahun telah diadakan di di Kuil Sri Kandaswamy Jalan Scot Brickfields pada 17 April 2015 bermula jam 3 petang 8 malam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sembahyang-khas-agama-hindu-sempena-peringatan-hari-polis-yang-ke-208-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:21 MYT
Oleh:Konst Sathish Menon

Kuala Lumpur, 18 April 2015 – Sembahyang Khas Agama Hindu Sempena Peringatan hari Polis Yang Ke-208 Tahun telah diadakan di di Kuil Sri Kandaswamy Jalan Scot Brickfields pada 17 April 2015 bermula jam 3 petang 8 malam.

Hadir pada Majlis Makan Malam tersebut adalah Timbalan Ketua Polis Negara DIG Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim yang telah meluangkan masa menghadiri Majlis Makan Malam Sembahyang Keagamaan Hindu Sempena Peringatan Hari Polis Ke-208 Tahun.

“Saya berasa bangga dan teruja kerana begitu ramai warga PDRM, pegawai awam, pesara polis serta masyarakat tempatan hadir pada malam ini dan ia adalah bertepatan dengan tema sambutan Hari Polis pada tahun ini iaitu “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”, kata Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim di dalam ucapannya.

Katanya lagi, PDRM dan masyarakat saling bergantung antara satu sama lain seperti kata pepatah “ibarat aur dengan tebing” kerana polis dan masyarakat sentiasa memerlukan kerjasama dan sokongan masyarakat ke arah memastikan negara ini selamat dari apa jua ancaman dan bebas jenayah .

“Sokongan yang padu yang telah diberikan oleh masyarakat selama ini amat kami hargai dan kami akan terus menyampaikan perkhidmatan yang cekap dan effisen kepada seluruh lapisan masyarakat, katanya lagi diakhir ucapan beliau.

Dalam majlis ini juga, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim turuy menyampaikan sumbangan kepada enam buah sekolah dan cenderahati kepada pihak kuil dan para penari yang mengambil bahagian.

Turut hadir dalam majlis Pengarah Sumber Strategik Dan Teknologi CP Dato’Pahlawan Zulklifi Abdullah, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, DCP Dato’ A. Thaiveegan, Timbalan Ketua Polis Perak, DCP Datuk A. Paramasivam, Ketua Penolong Pengarah (D10) Forensik Jabatan Siasatan Jenayah SAC Narenasegaran Tanggvelu, merangkap Pengerusi jawatankuasa Sembahyang Khas Agama Hindu dan Pegawai-pegawai Kanan dan Rendah PDRM yang beragama Hindu.

2.sembahyang hari polis hindu 038 copy
Sekitar Sembahyang Hindu Hari Polis Ke-208 Tahun

3.sembahyang hari polis hindu 042 copy
Sekitar Sembahyang Hindu Hari Polis Ke-208 Tahun

sekitar majlis copy
Ketibaan DIG Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim

6Dig memberi ucapan copy
DIG Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim ketika menyampaikan ucapan.

8Penyampaian Sumbangan kepada 6 buah sekolah copy
DIG Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim ketika menyampaikan sumbangan.

7 Gambar kenagan bersama Dig copy
Gambar kenangan.
ArticlePublished 20 Apr 2015 12.52 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM