Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sembahyang Khas Agama Hindu Sempena Hari Polis Ke 207

Published: 12 Jun 2014 9.37 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kuala Lumpur, 11 April- 'Walaupun kita sering sibuk dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab menjaga keselamatan dan ketenteraman, aspek kerohanian tidak pernah dilupakan oleh segenap lapisan warga PDR..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sembahyang-khas-agama-hindu-sempena-hari-polis-ke-207
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:56 MYT
Kuala Lumpur, 11 April - "Walaupun kita sering sibuk dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab menjaga keselamatan dan ketenteraman, aspek kerohanian tidak pernah dilupakan oleh segenap lapisan warga PDRM,” kata Dato’ Seri Mohamad Fuzi bin Harun Pengarah Pengurusan PDRM dalam ucapannya pada Upacara Sembahyang Khas Agama Hindu Sempena Peringatan Hari Polis Ke-207 di Kuil Sri Kandaswamy Brickfields, Kuala Lumpur tadi.

Katanya lagi, PDRM sememangnya amat komited terhadap kesejahteraan dan keselamatan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang.

Semua kontinjen dan formasi PDRM di seluruh Malaysia turut menganjurkan aktiviti seumpama ini dengan menjemput pesara-pesara polis serta masyarakat tempatan bagi sama-sama menjayakan aktiviti keagamaan seperti ini, langkah ini merupakan satu pendekatan yang signifikan di mana setiap kaum mengadakan aktiviti keagamaan masing-masing dan usaha melibatkan masyarakat bagi mendampingi serta mendekati warga PDRM merupakan satu tindakan yang wajar diberi pengiktirafan serta disanjung tinggi.

“Saya berharap masyarakat beragama Hindu akan terus memberikan sokongan dan komitmen berterusan kepada PDRM dan aktiviti seumpama ini dapat merapatkan lagi hubungan antara masyarakat Hindu dan warga polis, seterusnya mendapat kepercayaan masyarakat dalam melaksanakan tugas harian kita.” Kata Dato’ Seri Mohamad Fuzi Bin Harun diakhir ucapan beliau.

Turut hadir sama adalah, SAC Narenasegaran Thangaveloo, Ketua Penolong Pengarah (D10) Forensik merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sembahyang Khas Agama Hindu Sempena Peringatan Hari Polis ke-207, Pegawai-pegawai Kanan dan Rendah PDRM yang beragama Hindu.

Sembahyang Khas Agama Hindu Sempena Hari Polis Ke 207
Sekitar majlis.

Sembahyang Khas Agama Hindu Sempena Hari Polis Ke 207
Sekitar majlis.

Sembahyang Khas Agama Hindu Sempena Hari Polis Ke 207
Antara yang hadir.

Sembahyang Khas Agama Hindu Sempena Hari Polis Ke 207
Sekitar majlis.

Sembahyang Khas Agama Hindu Sempena Hari Polis Ke 207

Sembahyang Khas Agama Hindu Sempena Hari Polis Ke 207
Ketibaan YDH Dato’ Seri Mohamad Fuzi bin Harun.

Sembahyang Khas Agama Hindu Sempena Hari Polis Ke 207
Antara yang hadir.

Sembahyang Khas Agama Hindu Sempena Hari Polis Ke 207
Persembahan.

Sembahyang Khas Agama Hindu Sempena Hari Polis Ke 207
Ucapan oleh YDH SAC Narenasegaran Thangaveloo.

Sembahyang Khas Agama Hindu Sempena Hari Polis Ke 207
Ucapan oleh YDH Dato’ Seri Mohamad Fuzi bin Harun.

Sembahyang Khas Agama Hindu Sempena Hari Polis Ke 207
Penyerahan sumbangan.

Sembahyang Khas Agama Hindu Sempena Hari Polis Ke 207
Penyerahan sumbangan.

Sembahyang Khas Agama Hindu Sempena Hari Polis Ke 207
ArticlePublished 12 Jun 2014 9.37 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM