Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sembahyang Khas Agama Buddha Sempena Peringatan Hari Polis Ke 208

Published: 10 Apr 2015 9.20 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sempena menyambut Hari Polis yang ke-208 tahun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dijemput untuk merasmikan upacara sembahyang keagamaan Buddha di Wisma Dhamma Cakra, Kuil Buddha Maha Vihara, Brickfields pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sembahyang-khas-agama-buddha-sempena-peringatan-hari-polis-ke-208
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 20:42 MYT

Kuala Lumpur, 10 April – Sempena menyambut Hari Polis yang ke-208 tahun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dijemput untuk merasmikan upacara sembahyang keagamaan Buddha di Wisma Dhamma Cakra, Kuil Buddha Maha Vihara, Brickfields pagi tadi.

Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Cawangan Khas 2, Dato’ Leo Chong Cheong, Ketua Polis Melaka,Dato’ Chuah Ghee Lye dan Pengerusi Jawatankuasa Upacara Sembahyang Keagamaan Buddha, Dato’ Dr Yew Chong Hooi.

“Upacara pada hari ini adalah bukti bahawa walaupun kita berlainan agama dan bangsa, kita masih bersatu hati di bawah payung perpaduan” ujar Ketua Polis Negara dalam ucapan perasmian majlis.

“Saya juga amat berbangga di atas kehadiran ahli-ahli masyarakat dan pesara-pesara Polis setempat pada hari ini. Begitu juga dengan penglibatan wakil-wakil “community policing” dalam aktiviti kemasyarakatan yang dapat mengeratkan lagi perhubungan dan kerjasama di antara masyarakat dan polis” ujar beliau lagi.

Pemberian sumbangan kepada warga polis yang mempunyai masalah kesihatan juga diselitkan dalam majlis tersebut. Selain itu beberapa pameran dari cawangan PDRM juga diadakan untuk menarik minat masyarakat yang hadir.

IMG_6760
IMG_6753
IMG_6854
IMG_6835
IMG_6938
IMG_6953

ArticlePublished 10 Apr 2015 9.20 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM