Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sembahyang Agama Kristian Sempena Hari Polis Ke 209

Published: 13 May 2016 8.54 AM Updated: 15 Aug 2026 7.28 PM
Kuala Lumpur, 13 Mei – Bersempena Hari Polis yang ke-209 tahun baru-baru ini, warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) beragama Kristian telah melangsungkan upacara doa bagi keselamatan, kejayaan dan kesejahteraan seluruh warga pasukan itu di Gereja Katolik St. John’s, di sini pagi ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sembahyang-agama-kristian-sempena-hari-polis-ke-209
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 07:50 MYT

Oleh : Kpl Edwind Indo
Penyunting : Insp. Abd Rahim bin Siru

Kuala Lumpur, 13 Mei – Bersempena Hari Polis yang ke-209 tahun baru-baru ini, warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) beragama Kristian telah melangsungkan upacara doa bagi keselamatan, kejayaan dan kesejahteraan seluruh warga pasukan itu di Gereja Katolik St. John’s, di sini pagi ini.

Uskup Agung Kuala Lumpur, Julian Leow Beng Kim yang bertindak sebagai ‘Celebrant’ telah mengetuai upacara Misa Kudus yang diadakan setiap tahun itu.

Upacara sembahyang menggunakan tema “Diberkatilah Pembawa Pendamai, Kerana Mereka Akan Dipanggil Anak-Anak Tuhan” dan dihadiri lebih kurang 200 para pegawai dan anggota polis dari Pusat Latihan Polis (PULAPOL) dan balai polis sekitar ibu kota.

Uskup Agung Julian Leow dalam ajaran khutbahnya menyeru agar warga PDRM yang beragama Kristian dapat menjalankan amanah dan kewajipan yang diletakkan di atas bahu mereka dengan ikhlas seperti yang terkandungdi dalam kitab Bible.

“Syabas dan terima kasih di atas khidmat pasukan polis yang melindungi kami, menjaga keselamatan serta ketenteraman negara ini”, ujar beliau lagi.

_MG_5648
Pengerusi Sembahyang Agama Kristian Sempena Hari Polis Ke-209, SAC Chong Mun Phing (kanan) menyampaikan cenderahati kenangan kepada Uskup Agung Kuala Lumpur, Julian Leow Beng Kim

ArticlePublished 13 May 2016 8.54 AMUpdated 15 Aug 2026 7.28 PM