Sembahyang Agama Kristian
oleh : Sjn Zaiddin Dahalan
Kuala Lumpur, 27 April - " Whatever
you do, work at it with all your heart, as working for the Lord, not
for human masters. Since you know that you will receive an inheritance
from the Lord as a reward. It is the Lord Christ you are serving".
Sempena
Peringatan Hari Polis Ke 207 Tahun, Pegawai dan anggota serta Pegawai
Awam Bukit Aman telah menganjurkan Sembahyang Agama Kristian di Full
Gospel Assembly (FGA), Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur pagi tadi.
Sembahyang Agama Kristian ini juga turut di hadiri pesara-pesara polis, ahli keluarga serta masyarakat setempat.
Disamping itu, beberapa aktiviti telah berlangsung di gereja tersebut sempena Sembahyang
Agama Kristian seperti pertunjukkan Unit K-9 PDRM, pameran dari Muzium
PDRM, Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah, Jabatan Siasatan
Jenayah Narkotik dan juga disediakan kaunter semakan saman dari Cawangan
Trafik.
Hadir
di majlis tersebut, ACP Kwan Chwan Yaan, Penolong Pengarah (E8) Counter
Terrorism Cawangan Khas, merangkap Pengerusi AJK Aktiviti Sembahyang
Agama Kristian, Pegawai-pegawai Kanan serta anggota dan kakitangan Awam
PDRM.
Sekitar majlis Sembahyang Agama Kristian di Full Gospel Assembly (FGA), Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur
Ucapan oleh ACP
Kwan Chwan Yaan, Penolong Pengarah (E8) Counter Terrorism Cawangan
Khas, merangkap Pengerusi AJK Aktiviti Sembahyang Agama Kristian
Persembahan Unit K-9 PDRM
Pameran PDRM....