Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sembahyang Agama Buddha Sempena Hari Polis Ke 210

Published: 28 Apr 2017 11.00 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Klang, 28 April 2017 - Upacara Sembahyang Agama Buddha sempena sambutan Hari Polis Ke-210 telah diadakan di Samadhi Vihara, Bukit Raja, di sini, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sembahyang-agama-buddha-sempena-hari-polis-ke-210
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:17 MYT

Klang, 28 April 2017 - Upacara Sembahyang Agama Buddha sempena sambutan Hari Polis Ke-210 telah diadakan di Samadhi Vihara, Bukit Raja, di sini, hari ini.

Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, DCP Dato’ Kang Chez Chiang merangkap Pengerusi Persatuan Komuniti Buddha berkata sembahyang khas ini diadakan bagi mendoakan keselamatan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) semasa bertugas.

Tambah beliau lagi, semua kontinjen dan formasi PDRM di seluruh negara turut menganjurkan aktiviti seumpama ini dengan menjemput penganut agama Buddha serta masyarakat tempatan bagi sama-sama menjayakan aktiviti keagamaan seperti ini selaras dengan tema 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'

Beliau turut mengajak warga PDRM yang beragama Buddha untuk mempraktik dan mengamalkan kehidupan yang bermoral serta pemikiran yang suci. Ajaran agama Buddha selaras dengan bidang kepolisan dimana memberi perkhidmatan kepada masyarakat dengan mengamalkan kesabaran, belas kasihan dan sifat pemurah.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS), SAC Lim Hong Shuan, Pegawai Kanan Perhubungan Antarabangsa, Pemangku SAC Goh Boon Keng serta pegawai kanan polis dan warga kerja PDRM.

42 Gambar Kenangan
Sesi bergambar kenangan..

32sekitar majlis
Sekitar upacara sembahyang agama Buddha sempena sambutan Hari Polis Ke-210 berlangsung..

37ucapan DCP Dato' Kang Chez Chiang
Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, DCP Dato’ Kang Chez Chiang menyampaikan ucapan beliau..

18sekitar majlisSekitar upacara sembahyang agama Buddha sempena sambutan Hari Polis Ke-210 berlangsung..

47sekitar majlis​Sekitar upacara sembahyang agama Buddha sempena sambutan Hari Polis Ke-210 berlangsung..

38sekitar majlis
Sesi penyampaian cenderahati daripaa PDRM..

41 Penerima Sumbangan
Sesi penyampaian sumbangan daripada PDRM..

39 Penerima Sumbangan-
Sesi penyampaian sumbangan daripada PDRM..

40 Penerima Sumbangan
Sesi penyampaian sumbangan daripada PDRM..

ArticlePublished 28 Apr 2017 11.00 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM